MY FOLLOWERS

Monday, May 11, 2015

Artikel - Foto Budak Dicuri dan Siar di Website Blue

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....

Laman Facebook bukanlah tempat terbaik untuk simpan rahsia - Yaaaa! Sangatlah setuju!

 

Seorang ibu anak tiga menemui sejumlah foto anak-anaknya di sebuah laman web selepas ia didapati dicuri daripada laman Facebooknya. Pada awalnya dia berniat untuk berkongsikan foto-foto anak perempuannya dan anak lelakinya berusia 9 bulan ketika itu hanya dengan kawan-kawan dan keluarga. Bayangkanlah sendiri bagaimana perasaannya apabila dia menemui semula foto-foto berkenaan di sebuah laman web pornografi! 

Brittany Champagne, ibu yang berasal dari Riverton, Utah, menemui foto anak perempuannya berusia 8 tahun di laman Instagram palsu pada minggu sebelum itu.

"Ketika sedang mencari foto kenalan, saya dapati ada orang lain yang ada foto anak saya sebagai foto profail." katanya kepada Yahoo Parenting. Laman berkenaan juga mengambil banyak lagi foto anaknya dari laman Facebook miliknya dan meletakkannya di Instagram disertakan dengan hashtag ke laman pornografi. Lebih mengejutkan apabila foto anaknya juga ada di laman porno berkenaan.

"Kami telah membuang foto-foto tersebut dari lebih 20 laman web tetapi ada di banyak laman lagi yang kami tidak dapat membuangnya," katanya. Sukar baginya untuk mengetahui siapa yang mencurinya. Dia menyangka mungkin ada laman milik rakan-rakannya yang digodam pihak tidak bertanggungjawab tetapi boleh jadi juga diambil oleh mereka yang tidak dikenali tanpa pengetahuannya. Menyedari semua fotonya tidak lagi peribadi, maka ada tetapan (setting) yang perlu diubah kerana ia amat memalukan.

Menurut Denise DeRosa, Pengurus Program bagi Good Digital Parenting at the Family Online Safety Institute, kekeliruan mengenai tetapan peribadi di laman sosial bukannya perkara baru dan adalah menjadi tanggungjawab bagi ibu bapa sekaligus satu tindakan yang bagus untuk memeriksa tetapan peribadi di laman sosial dengan lebih kerap. "Apabila anda letakkan foto anak-anak, anda perlu letakkan sesuatu had. Anda boleh pilih untuk hadkan pada kelompok penonton yang spesifik atau bentukkan laman kumpulan."

Jika anda berkongsi sesuatu secara umum, contohnya pautan ke artikel lain di internet, anda perlu ingat untuk betulkan semula tetapan perkongsian di Facebook bila anda kongsikan foto di masa akan datang, katanya. "Privasi akan ikut apa yang terakhir yang anda tetapkan sebelum ini." Instagram asasnya adalah untuk paparan umum, tetapi ibu bapa boleh mengawal tetapan paparannya.

Namun sekalipun pengguna telah mengambil langkah tetapan privasi sebaik mungkin, masih mudah bagi foto di Facebook menjadi paparan umum. "Akaun anda mungkin selamat, tetapi yang ada di sekeliling anda juga perlu begitu," kata Robert Neivert, COO syarikat privasi dalam talian iaitu Private.me, kepada Yahoo Parenting. "Katakanlah anda kongsi foto dengan keluarga kemudian ada yang kongsikannya lagi tanpa tetapan 'private', maka foto itu akan menjadi paparan umum. Perkara sama boleh berlaku jika sesiapa dengan tetapan umum LIKE foto tersebut. Adalah mudah menjadikan sesuatu itu umum secara tidak sengaja di Facebook atau Dropbox atau laman perkongsian foto yang lain." katanya.

Neivert turut memberi amaran agar memilih foto yang ingin dipaparkan, dengan berhati-hati. Sebagai permulaan, jangan paparkan foto yang bersifat sensitif. "Terdapat ramai pengguna internet di luar sana yang mencari foto dengan unsur yang tidak sesuai." katanya dan merujuk kepada program internet yang menanda foto yang memaparkan bahagian tubuh sebagai contoh. Pengguna dari kelompok ini biasanya menggunakannya untuk kebaikan supaya laman seperti Instagram boleh 'menangkap' mana-mana foto yang bersifat pornografik dan membuangnya. "Namun sistem tapisan sebegini jug boleh diterbalikkan. Sistem tapisan yang dibangunkan untuk menghalang pornografi ini juga mungkin digunakan oleh sesetengah laman web untuk mencari bahannya."

Dengan kata lain - jangan letakkan sebarang bahan yang berunsur sensitif seperti budak sedang mandi atau seumpamanya. "Fikirkan, bila anda lihat foto tersebut, jika foto ini dipaparkan secara umum adakah ia akan memberi kesan buruk? Adakah ia berbaloi? Sebelum ini, pernahkah anda letakkannya di papan iklan? Mungkin kebanyakan foto anda boleh dikongsi, tetapi anda perlu fikirkan, kerana Facebook bukanlah tempat terbaik untuk simpan rahsia."

Champagne berkata foto yang dikongsi tidak bersifat perkauman. "Foto anak saya menggalas beg galas, atau melepak atas kerusi. Laman web itu menambah konteks, menyifatkan kononnya mereka adalah teman dan hubungan mereka lebih daripada itu, serta menambah hashtag yang seksual." katanya mengenai foto anaknya yang berusia 8 dan 9 tahun. Insiden berkenaan menyebabkannya diserang rasa bersalah dan paranoia. Seluruh pengalaman disifatkan sebagai pencabulan peribadi. "Sungguh saya merasa jijik jika melihat foto kanak-kanak di laman pornografi, tetapi bila itu ialah anak kita sendiri dan anda yang letakkan foto itu, pasti akan lebih rasa bersalah. Saya tidak boleh bayangkan perasaan lebih dicabuli." katanya.

Di samping terus berusaha untuk membuang foto anaknya itu dari laman berkenaan, dia berkata tidak mahu lagi berdepan keadaan demikian dan tidak mahu letakkan sebarang foto lagi.



Sumber rujukan: SINI  | 



Nota: Maaf, tiada pautan ke sebarang laman web porno dari sini.


No comments: