MY FOLLOWERS

Monday, May 25, 2015

Artikel - Kes Langgar Dengan MyVi

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Google Images



Assalamualaikum.....


Foto pinjam dari pakcik Google


Sejak dipaparkan dalam akhbar dan media semasa kebelakangan ini tentang kemalangan membabitkan kereta MyVi, mulalah timbul cakap-cakap orang yang buruk-buruk mengenainya. Kelab kereta berkenaan dapat nama buruk, habis sampai ke jenamanya pun terpalit dapat nama buruk. Namun kena ingat juga, ini bukanlah kali pertama kemalangan melibatkan kereta dengan jenama ini sebab ia sudah bertahun-tahun berada di jalan raya. Janganlah tengok pada jenama ini sahaja. Kereta jenama lain pun sama juga. Bezanya yang menyebabkan ceritanya menjadi panas dan lebih disebut serta mendatangkan kemarahan orang adalah sebab ia menjadi punca kematian tiga beranak sehingga 2 lagi anak yang tiada di tempat kejadian menjadi yatim piatu. Habis semua kenyataan saksi dikumpul dari pelbagai sumber tidak kira Facebook atau WA untuk bawa mereka yang menjadi punca itu ke muka pengadilan. Kesudahannya 2 orang, seorang lelaki dan seorang perempuan ditahan.

Di tempat saya sendiri, baru-baru ini sahaja ada 2 kes melibatkan kereta ini. Satu kes ketika mahu membelok kereta untuk ke kedai. Kawasan itu adalah jalan utama dengan lampu isyarat pejalan kaki. Waktu itu, lampu isyaratnya tunjukkan hijau (mana ada merah!) sebab tiada orang melintas. Saya pula berhenti di simpang untuk tunggu sehingga tiada kereta sebelum membelok ke kedai. Baru sesaat berpaling, tiba-tiba kereta MyVi sudah berlanggar dengan kereta Wira si mat bangla. Kemudian masing-masing dengan penuh cermatnya berhenti di tepi jalan untuk sesi perbincangan. Saya pun terus membelok dan berhenti untuk tanya keadaan. Adalah juga beberapa lagi saksi termasuk akak kedai jual air kelapa. Yang jadi kecohnya bila dapat tahu itu bukan yang pertama tetapi sudah dua kali kereta Wira itu kemalangan. Sebelum itu pekerjanya yang pandu, menyebabkannya kemalangan dengan seorang pakcik tua sehingga kakinya jadi bengkak dan hampir terbabas. Macam biasalah, kalau sudah golongan macam itu manalah mahu mengalah. Habis diputar-putarnya ayat untuk lepaskan diri. Bila kita beritahu tidak nampak pun lampu merah, dia kata nampak lampu merah sebelum dia membelok sehingga buatkan MyVi itu melanggar belakang keretanya. Deeeyyy baii! Mana ada lampu merahhh! Kereta MyVi yang dipandu cik akak itu pecah lampu depan sebelah kirinya dan kereta mat bangla itu tercabut bampar belakangnya. Puas bertekak, masing-masing cadangkan buat laporan polis. Sempat bersembang dengan akak kedai jual air, katanya golongan bangla ini ramainya tiada kad pengenalan. PATI je! Sebelum ini kedai yang jual perabot itu pernah diserbu polis dan ada yang sudah kena hantar balik ke tempat asal. Bukan setakat suka putar belit cerita, ada yang kata mereka ini memang kasar dan adakalanya kurang ajar. Kena gertak sikit biar dia tahu. Duduk di tempat orang mana boleh dibuat ikut suka hati... kan??!

Satu kes lagi, bila di atas jambatan dari bandar. Kesesakan itu biasa, cuma kali ini dengan 2 sebab - laluan sebelah sini sesak sebab kerja menurap tar di hadapan, manakala di laluan sebelah sana menghala ke bandar sesak akibat kereta MyVi kemalangan. Habis hancur tercabut tayar depan sebelah pemandu, di tengah-tengah antara 2 lorongnya. 



Adoooiii......



No comments: