Kredit kepada: Yahoo Health
Gambar ihsan: Google Images
Gambar ihsan: Google Images
Assalamualaikum.....
Kurangkan stres dengan senaman yoga - Stres diketahui meningkatkan paras hormon kortisol yang merangsang simpanan lemak pada perut.
Tukar cara aturan senaman - Sekali-sekali tukar aturannya bagi elakkan rasa bosan dan bagi menjadikannya menarik. Kurt Hester, TD1 National
Director of Performance,mengatakan ia adalah sesuatu yang bagus. Jika mahu hasil, tukar sahaja. 30 minit senaman pantas diikuti dengan 15 minit rehat akan memberikan lebih hasil dalam 2 hari berbanding senaman 90 minit 3 hari seminggu.
Rancang hidangan lebih awal - Simpan sejumlah makanan terbaik untuk kurangkan berat badan.
Ambil foto dan perkembangan dari semasa ke semasa - Ambil foto sebelum, selepas dan ketika dalam proses mengurangkan berat badan. Ini akan membantu menaikkan semangat dan memberikan motivasi kepada diri sendiri.
Naikkan metabolisme tubuh dengan makanan laut - Ikan merupakan makanan terbaik bukan sahaja kerana kandungan protein, malah ia turut membantu kurangkan lemak kerana kandungan leptin. Mereka yang makan ikan secara kerap biasanya mempunyai paras hormon leptin yang rendah. Kandungan leptin yang tinggi selalu dikaitkan dengan penurunan kadar metabolisma, maka ikan menjadi makanan penting bagi mereka yang mahu turunkan berat badan.
Banyakkan jalan kaki - Yang ini kenalah alami sendiri :-) Bagi yang tidak biasa, kenalah mulakan dan biasakan sendiri. Semakin kerap anda berjalan, anda akan semakin aktif. Anda juga akan bakar lebih banyak kalori dan berat badan akan semakin turun.
Pelbagaikan pengambilan kalori anda - Dalam aspek pemakanan, setiap makanan ada jumlah kalori yang datang bersamanya. Kena tahu setiap hidangan berapakah jumlahnya. Pelbagaikan jumlah ambilannya, hari ini kalori rendah diikuti kalori tinggi keesokannya dan tukar setiap hari. Selama mana pengambilannya masih seimbang, anda akan okey dan anda akan membantu meningkatkan kadar metabolisma yang akan membakar lemak lebih cepat.
KLIK SINI untuk buang lebih banyak lemak.
No comments:
Post a Comment