MY FOLLOWERS

Saturday, May 16, 2015

Hidupan Liar - Ular Sawa Batu dan Ular Sawa Batik

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owner



Assalamualaikum........

Sewaktu mengunjungi salah satu gerai pada Karnival UMT YoungPreneurs di TTC pada bulan Disember 2012 yang lalu, saya tercari-cari apakah yang menarik pada satu-satu karnival selain adanya gerai jualan. Jika sebelum ini penulis berpeluang ke gerai menjual ketam dengan kulit lembut, kali ini penulis berpeluang ke satu gerai menjual haiwan peliharaan. Kali ini bukan sahaja ikan, tikus hamster dan anak kura-kura yang dijual, gerai ini turut mempromosikan biawak iguana, ular sawa batu dan ular sawa batik. Dikenali sedemikian mungkin kerana corak pada kulitnya seperti bentuk batu dan corak batik. 


Ular sawa batu

Sebagaimana dimaklumkan oleh pemiliknya, ular sawa batu yang dibawa ini adalah datangnya dari Afrika dan dibeli ketika usianya baru lepas menetas dari telurnya dan kini panjangnya sekitar 15 inci. Seperti juga spesis ular yang lain, ia boleh berada dalam 'kekenyangan' agak lama adakalanya sehingga lebih setahun selepas makan. Antara haiwan yang boleh menjadi 'habuannya' ialah tikus. Menurutnya lagi, bagi mereka yang berminat untuk membelinya, harga bagi seekor ular sawa batu bersaiz seperti yang dibawanya kini sekitar RM500 seekor berbanding dahulu sekitar RM350 seekor. Sekadar diperingatkan, sekiranya ia bersaiz dewasa, belitan yang kuat adalah senjatanya bagi melemahkan mangsa. Selain jinak dan tidak berbisa, sesiapa yang berminat untuk membelanya perlulah terlebih dahulu mendapatkan lesen untuk membelanya daripada pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN).






Ular sawa batik

Adalah menjadi sebahagian daripada tugas pihak Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) menangkap haiwan liar terutamanya ular yang masuk ke kediaman penduduk setempat apabila menerima laporan mengenainya. Pada Karnival Cari Kerja di UMT baru-baru ini, pihak JPAM telah membawa 3 ekor ular sawa batik yang ditangkap dari kediaman penduduk setempat. Tujuan ia dipamerkan adalah untuk memberi pengetahuan akan bahaya serta bagaimana untuk bertindak sekiranya kediaman anda didatangi haiwan ini.







Menurut salah seorang petugasnya, spesis ular sawa tidaklah berbisa tetapi belitannya ketika membelit mangsa itulah sebagai senjatanya. Dikenali sebagai ular sawa batik kerana corak kulitnya seperti batik. Ular ini juga jinak dan boleh dipelihara dengan syarat perlu memohon dahulu lesen untuk membelanya daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN).




No comments: