MY FOLLOWERS

Saturday, May 30, 2015

Artikel - Simpan, Labur, Barulah Boleh Beli Rumah.......

Kredit kepada: Siakap Keli
Gambar ihsan: Siakap Keli


Assalamualaikum......





Muda lagi sudah ada rumah sendiri. Kita yang lain ini, entah bila lagi... duit simpanan? pelaburan? semua belum ada. Peleburan duit lagi ada la... 

Bak katanya, hidup kena kuat. 

Untuk itu, bagi saya sendiri, bila sudah bekerja, perkara yang pertama sekali kena dibuat bila dapat gaji bukanlah merancang apa yang mahu dibeli. Bukan rancang untuk beli itu ini, mahu itu ini, tetapi simpan sebahagian dahulu sebelum gunakan yang selebih itu untuk bayar itu ini kemudian barulah duit belanja sebelum dapat gaji seterusnya. Baik sakit dahulu sebab menyimpan supaya di kemudian hari nanti yang disimpan itulah yang akan tolong tampung apa-apa keperluan di kala sedang sesak tiada duit. Cuma kena ingat, bukanlah bermakna pada waktu itu boleh ambil semua yang disimpan itu, ambil hanya sebahagian atau sekadar yang diperlukan sahaja. WAJIB ada baki. Paling tidak separuh daripada jumlah asal simpanan itu. 

Di sini bukan mahu cerita simpanan dalam KWSP, bukan yang ada dalam ASB, tetapi mahu sentuh tentang disiplin menyimpan duit sehingga boleh dapat hasil sebegini yang mana saya sendiri tengok pada hari ini ramai yang tiada simpanan. Kalau ada pun, sedikit sahaja dalam akaun dan bila-bila masa sahaja boleh habis. 

Jadi apa ceritanya dengan si Hafizah ini? Apa dan macam mana dia buat sehingga dapat kumpul duit sebanyak ini sedangkan yang mahu simpan duit pun kena berhempas pula bagai nak gila untuk dapat simpan jumlah sebanyak itu? 

Dia ada buat simpanan gaji bulanannya dan pelaburan dalam unit amanah juga. Duit itu kemudian dipusingkan lagi dan lagi untuk tambah hasilnya. Akhirnya, dapatlah beli rumah .......


***

 Hidup kena kuat.

Rumah pertama. Untuk pelaburan. Selepas sebelas bulan bekerja di Selangor, hasil simpanan gaji bulanan dan pelaburan, saya beli hartanah di Seksyen 7 Shah Alam. Memandangkan saya masih bujang, rumah ini bukan untuk saya diami, tetapi untuk disewakan. Duit bulanan sewa itu saya akan pusing lagi untuk pelaburan.

Setiap hari saya Google cari hartanah yang ingin dijual. Balik kerja dari hospital, saya cepat-cepat tarik kerusi mengadap komputer. Surat khabar saya beli hari-hari untuk lihat iklan bahagian hartanah. Panas mata panas kepala. Hujung minggu saya memandu 40km untuk lihat rumah. Untuk pelaburan, cari rumah yang pasaran bagus. Dekat universiti, dekat hospital besar, dekat pusat bandar. Ada rumah siling rendah, ada juga terkena agen yang asyik menjawab tidak pasti apabila diajukan soalan apa pun. Ada yang apabila nak pergi lihat rumah, agen tak bawa kunci! Banyak lagi untuk diceritakan. Perlu sabar dengan setiap masalah.

Akhirnya jumpa rumah. Saya tawar harga dengan pemilik asal. Pemilik asal bagi pilihan. Kurang RM10,000 jika saya ingin baiki sendiri. Saya pilih untuk baiki sendiri.

Ya… Memang boleh saya setuju RM10,000 lebih untuk pemilik asal selesaikan… buat apa mahu susah-susah..?? Tapi tidak, saya fikir lebih baik saya belajar sendiri. Saya tidak duduk dengan keluarga sejak saya tingkatan 1. Ketika menuntut di Australia, kereta Ford saya kemalangan, cat kereta rosak, saya pergi ke kedai aksesori kereta, minta mat saleh bancuh warna cat Burgandy, dan masuk dalam tin penyembur. 30 dollar. Saya beli 2 tin. Beli grid kertas pasir kasar dan halus. Imam Sabri Samson ajar saya baiki kereta kemalangan. Dua hari saya gosok Ford dengan kertas pasir. Sampai licin. Terima kasih imam ajar saya.

Berbalik kepada kisah rumah. Saya tanya tukang cat. Tukang cat tawarkan RM2,000. Selepas itu saya memutuskan nak cat sendiri. Malam-malam selepas bekerja saya Google kombinasi warna yang sesuai. Hujung minggu apabila tiada tugas atas panggilan (oncall), saya lari ke kedai perkakasan. Kaji selidik. Akhirnya memutuskan beli cat berkilat Jotun. Dan alatan mengecat. Adik datang tolong. Jumlah kos cat satu rumah RM1,000. Jimat Rm1,000. Ilmu pun dapat. Selepas cat, beli pengikis dan pencair untuk bersihkan sisa cat. Berpeluh menggigil sendi tangan nak gosok. Tak mengapa, saya suka belajar.

Ramai teman saya sudah ada rumah sendiri. Sebahagiannya anak orang berharta. Ibu bapa banyak menolong. Sertakan nama dengan mama, dengan papa, beli dua tiga rumah. Mama papa bagi deposit. Mama papa tolong belikan. Ada yang mama papa nak bagi rumah mereka pada anak. Jadi tak payah susah-susah. Ada yang selesa beli rumah cantik siap, tak payah susah-susah, mereka kata mahal berhutang pun tak apa… It’s ok. Itu pilihan mereka. Rezeki masing-masing.

Bagaimana pula dengan saya? Ibu bapa saya telah bercerai dan saya terima berita tersebut semasa hari graduasi saya. Ayah berkahwin dengan ibu tiri saya sebulan selepas itu dan ibu saya baru berkahwin pada Mac 2015. Mereka seperti hidup dalam dunia mereka dan saya dengan hidup saya. Sejak saya masih kecil, banyak perkara yang saya putuskan sendiri. Walaupun selepas banyak perkara yang berlaku dalam hidup saya, kedua-dua ibu bapa saya sentiasa menjadi permata di hati saya.

“They kinda live in their world and i kinda live mine. Since i was a kid, lot of things i decide on my own. Even after so many things happened in my life, both my parents are always diamonds in my heart like forever.”
Inilah sebab mengapa saya belajar tentang masalah. Hidup kena kuat. Belum menyebut berapa lamaran pernah ditolak. Berapa yang patah hati. Saya bukan sengaja. Ada halangan yang hanya saya faham.

After all, again, saya suka kalau ramai antara kita yang belajar kemahiran hidup sendiri. Terutama perempuan. Belajar tukar mentol, tukar kalimantang, cat rumah, suka pergi kedai perkakasan, baiki kebocoran, baiki pam tandas rosak, tolong suami… Jika lelaki.. Apatahkan lagi. Haruslah.

Seorang lelaki Cina di tempat kerja saya pernah berkata kepada saya:
“Pija, I think you are the most wonderful independent women I’ve ever known!” ^___^ ~ 



Sumber banyak duit : SINI  |   



No comments: