MY FOLLOWERS

Wednesday, May 13, 2015

Artikel - Fesyen Buka-bukaan dan Bukan-bukan

Kredit kepada: Laman blog Sozcyili, Lawak siyot, Ameno World
Gambar ihsan: Google Images



Assalamualaikum....

Isu Aurat Yang Diremehkan...




Fashion Show 2014 di Mid Valley 'Yang Terbuka' tahun lalu yang mencetuskan kontroversi. Banyak diulas dalam beberapa laman blog.

Fesyen buka-bukaan yang menjolok mata! Persoalan di sini ialah kalaulah negara ini mengamalkan ajaran Islam dan agama ini telah menjadi agama rasmi negara sejak sekian lama, bagaimana pula pertunjukan sebegini boleh terlepas daripada tapisan dan diadakan? Depan orang ramai dan pakaian yang ditonjolkan... adoiii, sakit biji mata!

Apa yang sepatutnya menjadi eksklusif hanya di kamar tidur ditayangkan di depan umum di negara sendiri. Mengimbas kembali, ketika di zaman 90an dahulu dan kebelakangan ini pernah heboh diperkatakan isu pengharaman penyertaan pertandingan ratu cantik bagi peserta Islam kerana mengambil kira sensitiviti masyarakat tentang adanya segmen pakaian buka-bukaan dalam pertandingan itu. Namun dalam hal yang ini, lain pula jadinya. Siap tayang di pentas peragaan lagi...

Sebelum itu juga, pernah dan sudah ada yang ditangkap dan diberikan penjelasan tentang haram hukumnya bagi umat Islam menyertai dan bersubahat dalam perkara sebegini. Sayangnya, yang ditegur masih berkeras untuk meneruskan niatnya di pentas peragaan buka-bukaan seperti ini. Lebih teruk, disebabkan tidak dapat melakukannya di negara sendiri yang dirasakannya menyekat kemahuannya maka niatnya diteruskan juga di negara lain. Doakan semoga golongan sebegini segera bertaubat dan kembali ke pangkal jalan. Maut menjemput boleh jadi pada bila-bila masa, dikhuatiri tidak sempat jika terlambat. Wallahualam..



Sumber rujukan: SINI  |  SINI  |  SINI  | 



No comments: