Kredit kepada: FB Wawa Zawa
Gambar ihsan: Google Images
Assalamualaikum....
Draf 10: Petikan dari buku AMR ( Amalan Menjemput Rezeki )
1) Berhenti menambah hutang.
Orang yang berduit adalah orang yang boleh kawal diri.
Jika masih ( belum boleh ) kawal diri bermakna ( masih belum layak ) berduit.
2) Maka, janganlah putus asa, boleh mula sekali lagi. Malah boleh mula berkali-kali pun...
3) ) Banyakkan masa di dalam masjid. Di sana ada banyak malaikat. rahmat. Dan kurangkan masa berada di pasar-pasar dan kedai-kedai.
Di sana ada banyak penggoda yang sangat ikhlas agar kita terus berbelanja dan berhutang.
4) Boleh doa ( minta ) pada Allah agar diberi saluran pendapatan ke 2.
Boleh amalkan wirid di bawah ini 100 kali di antara solat sunat dan solat Subuh.
"Subhanallahiwabihamdihi Subhanallahil'azim astaghfirullhal'azim waatubuilaik"
Seorang sabahat mengadu kepada nabi bahawa dunia lari daripadanya. Lalu nabi memberi amalan di atas. Tidak lama selepas itu sahabat tersebut kembali dan memberi tahu.
" Dunia datang begitu banyak sehingga tiada tempat lagi untuk disimpan "
Jangan kata " Insya-Allah saya akan cuba "
Katakanlah " Insya-Allah saya mesti buat "
No comments:
Post a Comment