MY FOLLOWERS

Sunday, September 7, 2014

Sekadar Luahan - Penatnya Bershopping....

Kredit kepada: The Vocket
Gambar ihsan: The Vocket


Assalamualaikum......

Kalau lelaki, bab membeli-belah bukanlah sesuatu yang difikirkan sangat. Kalau beli dalam jumlah yang banyak dan ditulis dalam senarai, maka itulah sahaja yang akan sampai ke rumah. Yang luar senarai itu pun kalau ada, sedikit sahaja. Kalau perempuan ....?? Huhh!! Yang luar senarai itu lagi banyak daripada yang tertulis yang menyebabkan kehampehan tahap gaban.. Sesiapa yang biasa ikut perempuan itu tahulah bagaimana bosannya, cerewetnya dan banyaknya masa terbuang semata-mata terlalu teliti atau mahukan yang sempurna habis-habisan. Kadang-kadang bukannya banyak pun yang dibeli, banyak masa terbuang lagi! Kalau katanya mahu beli itu ini sekaligus sebab nanti tidak perlu keluar lagi, tidak perlulah ente-ente percaya sangat. Alasan sahaja lebih! Tengoklah nanti, semuanya akan berulang semula seperti dari awal. Sama sahaja!

Adakah sesiapa yang pernah merungut "Toksah la sempurna sangat!"  ? Siapa mahu layan!








Sekiranya anda lelaki dan sudah ada pasangan, maka bersedialah untuk merasai pengalaman memenatkan seperti dalam foto di atas ... pada bila-bila masa..

KLIK SINI untuk lebih banyak foto yang memenatkan.... zzzzzzz  :-)



No comments: