MY FOLLOWERS

Friday, November 18, 2016

Sekadar Luahan - Terpaut Pada Cik Adik Yang Cantik Lawa....Tapi...

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....

Bila dengar lagu ini, teringat pula pada seorang si cantik lawa yang saya temui di satu pusat optometris di sini baru-baru ini. Sewaktu datang ke kedainya itu, tidak terniat pun untuk buat pemeriksaan tetapi dipelawa pula. Sewaktu pemeriksaan, terasa hati begitu segan sebab yang periksa saya ketika itu seorang yang sangat cantik menawan.. cantik lawa... 

Aduhhh... Dalam hati usahlah kata betapa gelisahnya dan meruntunnya hati diperiksa si cantik ini. Bukan sekejap, lama pula tu  :-)   

Bermacam yang dia tanya. Bukan berkenaan hati tetapi masalah mata. Makin ditanya makin tidak keruan juga dibuatnya.... tetapi dia belum tahu yang kita ini sudah 'dari mata turun ke hati.'




Selepas pemeriksaan mata itu, sesudah balik ke rumah saya jadi teringat-ingatkan wajah cantiknya dan terngiang-ngiang suaranya dalam minda saya. Sekali-sekali saya teringatkan dirinya... terasa mahu datang lagi untuk melihat dirinya tetapi tiada sebab pula untuk datang banyak kali...


Oh, saya lupa mahu tanyakan siapa namanya. Saya cuma ingat di situ dia bekerja dengan kakaknya. Bila saya tanya dia, siapa adik dan siapa kakak, dia menjawab "Sayalah adik." sambil tersenyum. Terpesona saya bila tengok senyumannya! Indahnya senyumannya Allah sahaja yang tahu....

Adik? Itu membuatkan hati melonjak gembira.

Sudah berpunyakah dia? Soalan ini buatkan saya sedikit takut. Takut kalau-kalau sudah diambil orang dan saya terlambat. Ya Allah, mohon dijauhkan.... Kan bagus kalau dia masih bujang dan belum berpunya. Itulah peluang yang saya harapkan menjadi kenyataan. Sabarrr.....

Maka saya berdoa dahulu pada Allah Taala untuk sebarang petunjuk, adakah perasaan ini sebagai rahmat atau ujian?


Terus terang saya katakan, saya begitu terpesona dengan wajahnya, dengan pandangan matanya dan senyumannya. Sehinggakan bila tengok yang lain, terasa seperti 'kalis' dan hilang minat. Perasaan ini membuatkan saya terasa 'angau'.. terasa terbuai-buai dan sehingga hari ini saya masih merasakannya lagi. 

Saya pun pada asalnya memang tiada langsung sebarang niat yang tidak baik. Saya hanyalah manusia biasa seperti dia juga. Bila berasa begitu, saya ingatkan mahu diamkan hal ini antara saya dan Allah Taala sahaja, tetapi malangnya saya terasa tidak mampu untuk simpan perasaan ini lebih lama. 

Mahu dipendam, membuatkan semakin terbeban pula. Mahu diluah, saya pula takut kalau dia akan marah, tidak suka atau tidak boleh terima.......




Saya memang teringin untuk luahkan perasaan ini padanya sendiri, tetapi rasanya saya memang tiada rezeki. Sebabnya setelah beberapa hari, saya datang semula ke kedainya. Niatnya untuk meminta supaya dirujuk kepada klinik pakar mata untuk temujanji. Ketika datang, orangnya tiada sebab berkursus. Jadi saya berurusan dengan kakaknya.

Ketika itulah saya tanya "Cik adik yang uruskan hal saya hari tu, Cik ke Puan?" Barulah kakaknya tolong jawab "Puan. Dah anak 3 orang pun."  Dalam hati terdetik juga 'sekali tengok atas bawah orangnya tak ubah macam anak dara!'

Haaa? Terkejut saya, tetapi saya bersyukur juga sebab sudah terjawab soalan yang saya tanyakan pada Allah ketika berdoa selepas solat dan terjawablah soalan saya 'adakah perasaan yang hadir ini sebagai rahmat atau ujian?'

Jawapannya adalah ujian sahaja. 

Alhamdulillah....

Mungkin ada rezeki di lain kali....


No comments: