MY FOLLOWERS

Sunday, October 2, 2016

Artikel - Kewujudan Atmosfera di Pluto

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images



Assalamualaikum.....





Semua orang tahu bahawa planet Pluto merupakan planet paling akhir berada dalam sistem solar kita dan mempunyai jarak orbit paling besar, dan suhu persekitarannya yang sejuk sebab berada sangat jauh dari sumber matahari. Sesuatu yang sedikit pelik dan mencabar apabila buat julung kalinya planet ini, sebagaimana didapati dan disahkan oleh saintis bahawa ada objek trans-Neptune memancarkan sinaran-X.  


Carey Lisse dan Ralph McNutt dari Makmal Sains Gunaan Universiti Johns Hopkins dan pasukannya mengesan sinar-X dengan menghalakan teleskop cerapan Chandra X-Ray ke arah planet itu sebanyak 4 kali dari  Februari 2014 hingga Ogos 2015. Terdapat 7 sinar-X photon dikesan ketika pencerapan yang mengesahkan lagi hipotesis pasukan ini bahawa ada spektrum sinar-X di planet itu kerana adanya atmosfera. Penemuan mereka diterbitkan dalam jurnal sains mereka, Icarus.     


Penerbangan terbaru yang dilakukan oleh prob angkasa mereka, New Horizons membawa kepada pelbagai persoalan, kerana data yang dikumpul memberikan petunjuk wujudnya atmosfera di planet itu. Pembentukan atmmosfera berlaku sebagai hasil pencairan permukaan ais perlahan-lahan apabila ia menghampiri matahari ketika melalui beberapa bahagian orbit.   


Planet ini memancarkan sinar-X mungkin kerana partikel tenaga yang tinggi dipancarkan dari matahari bertindak balas dengan atmosfera Pluto hingga menghasilkan sinar-X yang boleh dicerap dengan teleskop. Ada juga penjelasan lain, partikel jerebu dalam atmosfera Pluto memecahkan sinar-X dari matahari. Mungkin juga sinar-X ini adalah aurora yang terang dihasilkan di atmosfera tetapi memerlukan Pluto untuk ada medan magnet, namun tiada bukti ditemui.     


Sumber penuh partikel tenaga:  SINI  | 


No comments: