Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Google Images
Assalamualaikum.....
Gambar ihsan: Google Images
Assalamualaikum.....
Biasanya
kalau tiba waktu pegawai kerajaan mendapat duit gaji dan pencen, maka
akan ramailah juga umat manusia berkumpul di bank untuk semak akaun
masing-masing, keluarkan sebahagian duit atau masukkan duit dalam akaun
orang lain.
Begitulah juga keadaannya dengan satu
keluarga ini, sebahagian adik-beradik sudah bekerja manakala sebahagian
lagi masih belajar. Di samping menggunakan duit gaji adik-beradik dan
pinjaman pelajaran, itu pun masih ada yang tidak cukup. Apalah
masalahnya, itu bahagian yang saya masih tidak faham.Sebahagian lagi
duit itu digunakan untuk membayar sejumlah bil bagi mengelakkan
tunggakan dan masalah berlarutan.
Yang mahu dijadikan
cerita bukannya duit masuk ke akaun adik-beradik ini, tetapi yang
digunakan untuk membayar bil-bil yang datang setiap bulan itu. Biasanya
dalam jumlah yang agak besar, dan pembayaran dibuat di bank atau pejabat
pos.
Adalah satu waktu, ketika ingin membayar bil dan
masukkan duit AS1M ahli keluarga di bank, sistem nombor giliran pula
rosak. Maka terpaksalah beratur secara manual macam di zaman sekolah
dahulu. Beratur pula mesti sambil berdiri. Manalah tidak penat kaki
dibuatnya. Yang menjadikan bank penuh sesak sebab ada beberapa budak
sekolah turut beratur bersama ibu bapa untuk buka akaun dan ada juga
yang keluarkan duit bantuan persekolahan yang mereka dapat. Yang
membuatkan hati agak panas bila kaunter punyalah banyak tetapi yang
dibuka hanya satu atau dua. Aduhhh...
Uiihhhh.... hang nie, biar betui....
Bila sampai giliran kita, maka kita pun serahkanlah duit, buku bank dan semua bil untuk dijelaskan. Kemudian resit pun sampai, nasib baik belum tandatangan. Terkejut dibuatnya! Staf kaunter tersilap pula pergi masukkan semua duit RM600 yang diberi dalam akaun AS1M! Maka terpaksalah kita jelaskan semula yang duit AS1M itu hanya RM84 sahaja, selebihnya untuk bayar semua bil yang disertakan. Aduhhh..! Lagi bikin pening! Disebabkan itu, staf kaunter ini menghubungi pihak pusat. Katanya perlukan dua hari dan penyelarasan dibuat. Resit bil yang asal diambil untuk mereka jelaskan semua bil itu.
Terus
terang, belum pernah lagi terjadi kes macam ini, sebab katanya duit itu
bila sudah masuk dalam AS1M, prosesnya sedikit rumit. Kalaulah semua benda ada butang UNDO, lagi senang. Ini tidak, lagi bikin
hati makin geram dan gelisah! Sudahlah penat menunggu giliran, bila
sampai giliran, datang masalah pula! Aduhhhh..............
No comments:
Post a Comment