Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Google Images
Gambar ihsan: Google Images
Assalamualaikum.....
Boleh pula terlupa.....
Belum pernah terjadi seumur hidup, boleh pulak tertinggal benda ni. Ceritanya, pada satu malam, ada seorang manusia ini mahu balik ke rumah dengan menaiki motorsikal. Ketika itu, hujan tidaklah lebat, cuma almaklumlah, nama pun motorsikal manalah ada atap. Sebelum mhu balik, kita diminta untuk belikan dahulu sebotol minyak petrol sebab tangkinya kosong. Maka, kita pun pergilah sekejap ke stesen minyak berdekatan untuk mengisinya. Untuk itu, dibayar RM10 di kaunter. Lebih kurang RM2 masuk dalam botol dan selebihnya masuk dalam tangki kereta. Ketika isi dalam tangki kereta, penutup minyak atau fuel cap diletak atas bumbung kereta.
Bila selesai, kita pun terus sahaja pandu menghala ke simpang lampu isyarat dan terdengarlah bunyi 'gedegang' dari atas bumbung kereta. Baru teringat, ini mesti terlupa letak fuel cap! Apa lagi, dengan hati panas membara, terus pusing balik ke kawasan berdekatan stesen minyak tadi. Ketika itu jalan tidaklah sibuk, jadi kita pun berjalan sekitar tepi jalan dan pembahagi jalan sambil merungut-rungut. Maka terjumpalah akhirnya dengan penutup minyak tadi atas pembahagi jalan. Macam mana pula dia boleh tercampak jauh sampai atas pembahagi jalan itu??
No comments:
Post a Comment