Kredit kepada: Laman Syok.org
Gambar ihsan: Google Images
Assalamualaikum.....
Gambar ihsan: Google Images
Assalamualaikum.....
Di sini ingin saya berkongsi pengalaman Ayah kepada rakan berubat. Saya pergi bersama.
Hampir 5 tahun Ayah kepada rakan saya sakit-sakit badan. Antara rawatan yang pernah dilalui oleh beliau:
- Rujuk kepada Doktor Pakar serta diagnos dengan ujian darah, MRI dan sebagainya tetapi tidak sembuh juga.
- Berjumpa tukang urut dan berkali-kali mengurut tidak juga sembuh.
Selain sakit-sakit badan, Ayah beliau sentiasa rasa mengantuk, tiada
selera makan dan sentiasa serabut pemikiran tetapi tidak tahu apa yang
diserabutkan.
Takdir Allah menemukan rakan saya dengan seorang lelaki di utara tanah air yang sudi berikhtiar untuk merawat Ayah beliau.
Jadi pada hari Sabtu malam Ahad kami berempat bertolak ke rumah Hamba Allah
tersebut dengan persiapan yang telah diberitahu sebelumnya. Antara bahan
yang dibawa adalah limau purut, sirih, 4 batang paku 5 inci dan telur ayam.
Selepas Isya', lebih kurang jam 9.00 malam kami sampai di rumah Hamba
Allah tersebut. Ketibaan kami disambut oleh Adik Hamba Allah dengan
mesra. "Tadi dalam perjalanan Hang Pa mai takda apa-apa ka?".
"Alhamdulillah tak ada apa-apa kami nampak" balas rakan saya. Ada 3 orang
pesakit lagi yang juga menunggu untuk rawatan. "Sat na Pak Kiyai belum
sampai lagi" kata Adik Hamba Allah (Adik Pak Kiyai). Dalam 30 minit
kemudian, pintu bilik rawatan dibuka, "Sapa yang mai paling awal masuk
dulu". Jam 11.30 malam baru tiba giliran Ayah rakan saya.
Masuk sahaja dalam bilik tersebut kami berempat memberi salam dan rakan
saya menerangkan hajat sebenar datang berubat. Saya terperasan, tiada
pintu selain pintu yang kami masuk tadi. Saya diamkan dalam hati,
mungkin Kiyai sudah masuk sejak dari awal.
Kiyai minta Ayah rakan saya berlunjur kepadanya, "Bawa limau dak?" tanya
Kiyai, rakan saya berikan limau. Kiyai membaca Selawat dan Surah Annas,
"Sayyidina Muhammad..." ucap Kiyai ambil limau purut dipotong hanya
mengacukan tangan, limau terbelah dua.
"Beri salam dan sebut nama kamu" kata Kiyai kepada Ayah rakan saya. Kata
Kiyai "Ada orang niat jahat pada kamu, kamu kenal orang ini dan orang
ini telah meninggal dunia. Rumahnya dekat sahaja dengan rumah kamu. Kamu
pun kenal." kata Kiyai sambil berpaling pada saya. "Ada apa-apa yang kamu
ingat kisah-kisah lama berkaitan tanah yang kamu beli buat rumah?" tanya
Kiyai, Ayah rakan saya termenung sejenak mengingatkan sesuatu. Selepas
seketika "Ya Pak Kiyai ada, arwah marah saya beli tanah tu dan tak
sangka sampai ke tahap ini" keluh Ayah rakan saya. "Kamu kena maafkan
dia dan jangan ingat-ingat lagi pada arwah!" tegas Kiyai.
Kiyai mengarahkan Ayah rakan saya berpaling membelakangi beliau. Paku diletakkan di hujung kaki. "Kamu sebut nama dan beri salam", arah Kiyai kepada saya. Kiyai suruh kami semua baca Ayat Kursi berterusan sehingga disuruh berhenti. Kiyai mengambil tongkat dan didirikan di sebelah belakang Ayah rakan saya. "Sebut nama dan beri salam," kata Kiyai kepada Ayah rakan saya. Tongkat tersebut dilepaskan dan bergerak sendiri memukul perlahan-lahan belakang Ayah rakan saya.
Kiyai kata: "Arwah guna tengkorak orang lelaki Siam (Thailand) memuja
untuk sihir kamu, arwah berniat supaya kamu mati secara perlahan-lahan dan
terseksa. Ada perca kain kapan yang ikat pasung dagu yang ditanam pada
perdu pokok pisang rumah kamu. Ada perasan dak kelibat dalam rumah
kamu?" "Ada Pak Kiyai tapi tak jelas rupa", kata Ayah rakan saya.
"Dalam rumah kamu ada dia letak dua ekoq, bila kamu kuat beramal, jin tu
takut dan lari balik ke rumah tengkorak di Thailand ni. Bila kamu lalai
dia pi dok ngan kamu makan zat dari tubuh badan kamu, dia juga duduk
atas bahu kamu sambil tutup muka kamu sebab tu kamu rasa letih dan
mengantuk, kita bawa jin tu mai sini malam ni".
"Kamu sebut nama dan bagi salam", kata Kiyai kepada saya. "Ambil teloq ayam
ni angkat dengan telapak tangan ke atas" kata Kiyai pada saya. "Nampak
dak, dia ada sebelah kiri kamu", kata Kiyai. "Tak nampak Kiyai," sambil
tersengih kerang busuk patik jawab. "Ada dengar suara dia?" "Tak dengar
Pak Kyai." jawab saya. "Minaljinnatiwannaasss 3x, dengar tak," dengar Pak
Kiyai. Bunyi mcm "eeeeeeee" menjerit nyaring sambil mendengus seperti marah, kami semua dengar. Kiyai ambil telur dalam genggaman saya tadi
dan beliau ramas, hancur telur tu tanpa setitik lendir, kering. "Dia
makan, itulah yang dia nak buat pada kamu", kata Kiyai kepada Ayah rakan
saya.
Sambil menggenggam telur ayam yang keempat (kami bawa 10 biji, 3 sudah diberi makan pada 'benda itu'). Seru Kiyai "Hei Syaitan, baliklah engkau ke asal
datang mu, jangan kacau dan ganggu keluarga ini sampai bila-bila pun."
kemudian Kiyai sebut Saiyyidina Muhammad dan membaling telur itu ke
sebelah kiri dan telur itu terus ghaib.
Kata Kiyai, "Balik malam ni, insya Allah jika kamu tidoq mimpi didatangi
seseorang dan melarang kamu dari ambil tengkorak tu malam esok tak payah
mai. Jika kamu tidak bermimpi apa-apa esok mai bawa semua yang asas tadi,
sarung tangan getah dan guni, kita nak bawa kepala tu mai sini dan kena
buang. Esok pagi tengok kat perdu pisang ada dak perca kain kapan,
kalau ada ambil masuk dalam plastik dan jangan sentuh terus dgn tangan,
berbisa." Kami pun bersalaman dan balik, masa keluar dari rumah Kiyai jam
sudah menunjukkan pukul 2.30 pagi.
Atas takdir Allah, Ayah rakan saya tidak mendapat sebarang mimpi. Pukul
8.00 pagi keesokannya saya sudah terpacak di depan rumah rakan saya sebab begitu teruja untuk turut sama mencari perca kain kafan yang dimaksudkan. Sampai jam 11.00 pagi
kami berempat gagal menemui perca kain kafan berkenaan.
Jam 4.00 petang semua persiapan untuk acara penuh debaran telah
disiapkan. Untuk kali pertama dalam hidup saya menempuh pengalaman yang membawa
kepada rasa kerdilnya diri saya dan betapa Agongnya Allah SWT. Malam tersebut tepat jam 10 malam kami berempat tiba di hadapan rumah
Kiyai dengan dua buah kereta. Sebuah Toyota HILUX dan sebuah lagi Nissan
Grand Livina. Saya imamkan Solat Isya’ sebab kami semua belum solat
Isya’ dekat ruang menunggu yang tidak berpintu.
Selesai solat Isya’, saya curi jengukkan kepala sebab begitu ingin tahu
Kiyai masuk ikut mana dalam bilik rawatan atau memang dia sudah sedia
menanti. Adik Kiyai muncul di hadapan ruang menunggu memberi salam kepada
kami sambil melangkah masuk duduk bersama kami. Kiyai belum sampai kata
Adik Kiyai dan benarlah sebab tiada siapa dalam bilik rawatan itu.
Sekitar jam 11.00 malam lampu bilik Kiyai menyala, adik Kiyai maklumkan
kepada kami Kiyai sudah ada dalam bilik. Masya Allah, masa bila dia melintas
di depan kami? Kami betul-betul duduk bersembang dengan adik Kiyai depan-depan
pintu bilik. Saya simpan dalam hati sampai saat ini, biarlah antara
Kiyai dengan Allah swt. Mungkin ada hikmahnya, apa yang pasti hati dapat
merasa keagungan Allah SWT.
Kami berempat masuk ke bilik rawatan setelah dipelawa oleh adik Kiyai. Kami memberi salam dan terus bersalaman dengan Kiyai. Kiyai bertanyakan
hal mimpi dan perca kain kafan. Ayah rakan saya maklum tiada mimpi yang
menghalang untuk mengambil kepala tersebut. Perca kain itu menurut Kiyai
ada cuma kami tidak nampak. “Guni bawa dak?”, Kiyai tanya.
“Malam ni atas izin Allah kita akan ambil kepala tu dan bawa ke sini. Kepala
tu kepala orang betul na, kena kuat semangat. Bersedia tak ni?,” kami
pun angguk tanda bersedia. Pesan Kiyai, kepala tersebut ada dalam sebuah rumah kosong
di Thailand. Kepala itu boleh terapung sambil menunjukkan
tinggi boleh sampai ke bumbung rumah beliau. Kiyai suruh Ayah rakan saya
berlunjur mengadap beliau. Seperti biasa dimulai dengan Selawat dan
memotong limau purut. “Ya Sheikh, kita ambil semua bawa mai sini malam
ni, insya Allah kita bagi selesai malam ni.”, Kiyai berkata2 dengan
seseorang disebelah kanan beliau. Kami tak nampak, wallahu ‘alam.
"Kamu rasa panas tak?" tanya Kiyai kepada Ayah rakan. "Ya, panas muka
dan kepala sangat berbahang", berpeluh Ayah rakan. Memang benar, kami
yang ada dalam bilik itu semua rasa bahang kepanasan. Kiyai memberitahu bahang
itu datangnya daripada syaitan dan jin-jin yang jahat, mereka asalnya dari api dan
panas. “Dah dekat nak sampai dah, depa terbang mai ke sini,” kata Kiyai.
Kiyai arahkan kami semua pusing membelakangkan beliau dan baca ayat kursi
berterusan serta pejam mata. Apa yang didengari atau berlaku jangan buka
mata dan beralih kedudukan.
Tiba-tiba, bunyi benda jatuh terhempas yang teramat kuat dan berat. Rasa angin hempasan yang amat kuat dalam bilik rawatan yang seluas kira 2.5m x 3m. Mata masih pejam, tiba-tiba bahu saya sebelah kiri dipukul dengan kuat. Kemudian Kiyai arahkan kami buka mata dan pusing mengadap beliau. Masya Allah, ada bungkusan kain merah yang diikat dengan perca kain putih di hadapan sedang bergerak-gerak dan berbunyi menjerit-jerit. “Sapa kene sentuh?” Kiyai tanya sambil memandang saya. “Dia sangat marah kat kamu, badan rasa miang-miang tak?” Saya jawab “Ya Pak Kiyai”. Kiyai buka ikatan kain yang berwarna putih. Kepala itu tiba-tiba bergerak ke arah saya. Terkejut yang amat. Kiyai kata jangan takut, selagi kepala ini duduk dalam kain merah ni kepala ni tak boleh terapung, cuma bergerak sedikit sahaja.
“Kamu pakai sarung tangan ambil perca kain kafan ni masuk dalam plastik.
Satgi keluar terus bakar dan pastikan tak terhidu asap bakaran kain
ni.” Kata Kiyai pada saya. Kebetulan kaki kebas, tersentuhlah buku lali
saya dengan kain putih tu. Ya Allah secara tiba-tiba rasa miang gatal dan
sakit yang menyucuk yang amat sangat. Mula-mula saya diamkan kemudian sebab tidak tahan
sakit, terus angkat kaki julurkan pada Kiyai. Kiyai tersenyum sambil
tanya “Kain kena kaki ka?” Kiyai sedut dan buat masukkan kembali pada perca
kain putih (kafan). Masa dia tarik dari kaki, bunyi menjerit yang
nyaring sekali. Alhamdulillah kaki saya pulih seperti biasa.
“Nak tengok ka kepala ni? Mai letak tangan atas kepala ni’” kata Kiyai
kepada rakan saya dan saya. Kami berdua letak di tangan atas kepala itu dan
rasa kepala tu bergerak-gerak. Ayah rakan saya memberitahu "Takpa la Pak Kiyai, tak
payah buka la, yang ni pun dah tak tahan (kepala itu menjerit-jerit sambil
bergerak-gerak). "Kalau buka kepala tu akan terapung lagi la seram."
“Kepala ni satgi ikat elok2 kat belakang HILUX, ikat kuat2. Syaitan ni
tinggi, boleh terbalik HILUX, kereta kecik tak mampu nak bawa berat.
Jika kereta rasa macam senget atau sukar untuk dikawal stop dulu hingga
reda. Kepala ni kena pi buang kat tengah hutan atau kat laut malam ni
juga (tengok jam dah pukul 1 pagi)” pesan Kiyai. Pergh! Kami semua putuskan untuk membuangnya di laut. Saya ditugaskan untuk lepaskan kepala tersebut ke laut
(ada ikrar saya ucap pada masa itu).
Kepala itu diikat di belakang HILUX dengan 4 penjuru ikatan (kepala
dalam guni kat tengah2 ruang belakang HILUX). Sambil duduk mengikat pun
kepala itu masih bergerak-gerak dan menjerit. Ayat Kursi terus menerus kami baca.
Sebelum bergerak untuk membuang kepala, saya pergi membakar perca kain kafan yang adadalam
plastik itu. Jangankan mahu membakar kain, plastik pun tidak terbakar. Nasib baik juga adik Kiyai menemani saya. Rakannya 3 beranak pula sedang menguruskan ikatan
kepala dalam guni di belakang HILUX. Adik Kiyai pukul dengan cemeti
secara empat penjuru, “Bakar sekarang”, kata Adik Kiyai. Alhamdulillah
barulah api makan plastik dan sekaligus kain kafan. Syukur
Alhamdulillah.
Tugasan terakhir, jam 2.30 pagi baru kami bertolak keluar dengan HILUX. Terasa amat berat dengan kelajuan maksimum 80km/j sahaja. Ayat Kursi terus menerus dibaca hinggalah sampai ke tepi laut. Alhamdulillah saya laksanakan amanah Kiyai dengan sempurna sekali dengan baju yang saya pakai turut saya buang ke laut. Kiyai beritahu kepala itu akan terus ghaib sahaja sebab ia kepala yang dipuja.
Dalam perjalanan, adik rakan saya (tuan punya HILUX) minta tolong menghantar dia
sampai ke rumah dia, rupa-rupanya dia buka mata masa saat kepala itu akan jatuh
terhempas. Kepala itu tawaf keliling kami. Masya Allah...patutlah dia
kecut semacam!
KLIK SINI untuk ke pengalaman menyeramkan... hehehe
No comments:
Post a Comment