MY FOLLOWERS

Wednesday, December 31, 2014

Artikel - Apa Malaysia Boleh Belajar Daripada WWI?

Kredit kepada: The Heat Online Asia
Gambar ihsan: Google Images



Assalamualaikum.....



Tahun 2014 merupakan perayaan 100 tahun World War I, yang juga dikenali sebagai “Great War”. Pada 4 Ogos, di bandar-bandar merentasi Barat, para pemimpin dunia keluar bagi memperingati peristiwa ini.

Di Malaysia, peristiwa yang diingati ialah apabila kapal perang Imperial Jerman,  SMS Emden menenggelamkan kapal Rusia dan pemusnah Perancis di pantai Pulau Pinang pada Oktober 1914. Bukan setakat telah membunuh 16 juta orang tetapi juga telah merubah landskap politik Eropah dengan penuh dramatik. Mereka yang tidak dapat belajar daripada apa yang berlaku dalam sejarah akan mengulanginya lagi.

Seabad yang lalu, Great Britain, Perancis dan Rusia mengkaji dengan cemas tentang kemungkinan akan bangkitnya kuasa baru Empayar Jerman. Britain khuatir Jerman mungkin boleh mencabar penguasaannya di lautan. Perancis pula masih bersedih selepas peristiwa memalukan dalam perang Franco-Prussian  (1870-1871).



Sekutu Jerman, Austria-Hungary, berjuang untuk mengawal empayar mereka bersama-sama. Rusia pula melihat diri mereka sebagai juara pan-Slavic, mencari peluang untuk meletakkan negara itu di bawah pengaruh mereka. Sikap masing-masing yang saling tidak percaya membawa kepada peningkatan kuasa tentera dengan lebih cepat. Kita menyangka tekanan yang dihadapi boleh dikawal menerusi satu jaringan hubungan antara negara-negara sekutu yang kompleks antara Britain, Perancis, Rusia, Serbia dan Belgium dengan satu pihak pakatan Jerman, Austria, Turki, dan Bulgaria. Walaubagaimanapun, ini gagal mengambil kira apa yang digelar sebagai insiden “black swan”. Peristiwa pembunuhan Austrian Archduke, Franz Ferdinand di Sarajevo pada 28.6.1914 mempercepatkan capaian kata putus diplomatik seterusnya pengisytiharan perang. 

Namun terdapat persamaan antara Asia 2014 dengan Eropah 1914. Pada hari ini kita melihat negara Amerika Syarikat dan China, saling berlumba mencari sekutu menerusi perdagangan dan manuver diplomatik. Negara-negara Asia kini meningkatkan bajet dalam ketenteraan sekaligus mencetuskan perlumbaan dalam persenjataan. Tuntutan wilayah bertindih dan persaingan etno-nasionalis menambahkan lagi ketegangan. Demonstrasi pada Mei 2014 di Vietnam diikuti dengan penghantaran dari pelantar minyak China yang tidak tepat di Laut China Selatan menjelaskan lagi penglibatan mereka. Nampaknya seperti tiada resolusi bagi isu di Laut China Selatan yang turut melibatkan nama negara. Dalam masa yang sama, penerbitan Kertas Putih berkaitan ancaman IS ke Malaysia menunjukkan betapa negara kita mudah terdedah kepada bahaya melibatkan kekacauan yang masih berlaku di Timur Tengah. Persoalannya, adakah pemimpin kita dapat memahami dan berdepan cabaran sebegini jika mereka cuba menguasai kita?





Peristiwa pesawat MH17 yang ditembak jatuh menunjukkan betapa bodohnya untuk menganggap Malaysia atau mungkin mana-mana negara di Asia boleh dimalukan oleh dunia dan masalah yang timbul berkaitan dengannya. Kita juga sebahagian daripada dunia ini dan mahu atau tidak, satu masa nanti kita juga akan merasai kesannya. Kita diingatkan agar sentiasa mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku dalam sejarah. 

Lebih lagi, antara pengajaran lain yang dapat dikutip daripada peristiwa WWI ialah kesan yang perlu dihadapi oleh pemimpin jika mereka gagal mencapai kesepakatan. Sejarah turut menunjukkan harga yang perlu dibayar oleh rakyat apabila golongan yang memegang tampuk kuasa pemerintah mengejar agenda mereka tanpa memikirkan kesan dan akibat daripada tindakan yang mereka ambil. Legasi masa lalu telah lama berkubur dan akan terus menghantui dan keamanan itu sebenarnya masih jauh dari genggaman seperti yang berlaku pada seabad yang lalu.




KLIK SINI untuk ke pautan berkaitan.



No comments: