MY FOLLOWERS

Tuesday, December 23, 2014

Sekadar Luahan - Kenangan Kena Rotan Di Zaman Sekolah

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Google Images



Assalamualaikum.....




Teringat sewaktu zaman di sekolah. Bukan macam sekarang, kena rotan sikit udah dipanggilnya peguambela sana sini. Cikgu pula dikenakannya. Siapa cikgu siapa anak murid? Macamlah semua orang takut, walhal saiz pun sebesar semut kalau dipijak, terus lenyek tanpa kesan. Huahuahuaaa.. Di zaman sebelum milenia dahulu, kalau ada sahaja kesalahan dibuatnya, biasalah kalau kena denda. Tidak kiralah kena berdiri atas kerusi, kalau lebih pun kena berdiri atas meja. Kalau kena rotan, akan adalah kesan jalur merah buat sementara. Lagi banyak salahnya, lagi banyaklah jalurnya. Hehehe.. Tidak perlu bimbang pun, habis sahaja waktu sekolah, itu semua sudah lupa. Jalur rotan tadi pula akan hilang dengan sendirinya. Tidak perlu fikir pun. Hilang bak dibawa angin sahaja bila sudah keluar berjumpa kawan-kawan dan bermain di luar. Esok akan datang ke sekolah lagi. Mahu atau tidak, kena datang juga. Takut kena marah dan kena hambat pula dengan rotan oleh ibu bapa. 

Ada satu kenangan ketika di sekolah berasrama penuh. Ketika pada sekitar tahun 1995 atau 1996. Pagi tersebut adalah hujung minggu dan setiap kali itulah akan ada pemeriksaan bilik. Kalau ada masalah, maka akan adalah yang akan kena denda dengan rotan dan sebagainya daripada warden. Menjadi semacam trend ketika itu, rotan pada betis. Pagi itu, adalah sebuah bilik rakan yang kena denda. Ada yang gelakkan orang lain, ada juga yang buat macam biasa. Bezanya pagi ini warden dapat kayu pembaris jenis keras macam dalam foto di atas berbanding gunakan rotan. Hahaha...  Maka rakan penghuni bilik yang didenda ini pun maralah ke depan untuk dirotan pada betis dengan kayu pembaris ini. Awalnya, cuak juga, sebab yang kena rotan nanti bukannya seorang tetapi semua ahli bilik akan kena juga. Dengan sekali libas, praakk!! Terus patah. Yang dirotan pula mengangkat-angkat kedua tangan seperti ahli bina badan lagaknya. Habis semua berderai ketawa dan ada pula yang bersorak tidak ubah macam penyokong pasukan bola sepak! Hahahaha!


No comments: