MY FOLLOWERS

Tuesday, December 16, 2014

Artikel - Lagi Penemuan Rangka Dinosaur

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan:
Yahoo News


Assalamualaikum.....




Ahli kaji purba menggali sebuah tapak fosil yang mungkin membuka harta karun mengenai petunjuk kehilangan dinosaur, tidak jauh dari pasaraya New Jersey. Kawasan kuari Mantua Township menjadi kawasan tapak penggalian bahan prasejarah paling penting tahun ini jika hipotesis saintis betul mengenai adanya haiwan yang mati akibat hentaman meteor di bumi pada 65 juta tahun yang lalu.

Setiap minggu, ahli kaji purba, Paul Ullmann seorang lulusan Universiti Drexel di Philadelphia, pergi ke tapak berkenaan yang terletak di belakang pusat membeli-belah Mantua Square yang mempunyai rangka banyak haiwan prasejarah dari nenek moyang kepada buaya hingga mosasaurs, sejenis biawak komodo. Jika di tapak ini tidak menemukan apa-apa, maka tapak ini menjadi satu-satunya tapak cari gali di dunia yang ada fosil organisma yang mati ketika kejadian hentaman meteor.

Haiwan yang ditemui dalam kawasan New Jersey ini hidup dalam persekitaran tepian pantai cetek dan ada pterosaur berterbangan. Ullman bekerjasama dengan Professor Ken Lacovara dari universiti berkenaan yang membuat liputan antarabangsa selepas menemui rangka besar di Argentina pada musim panas yang lalu. Rangka dreadnaughtus itu panjang 85 kaki dan berat 65 tan ialah seekor haiwan darat terbesar mempunyai jisim yang boleh dikira dengan tepat kerana rangkanya dijumpai dalam keadaan baik.

“Beratnya lebih kurang sedozen gajah Afrika atau lebih daripada tujuh ekor T. rex," kata Lacovara.

“Kaji purba dinosaur bermula di New Jersey,” kata Lacovara. “Dinosaur pertama ditemui di dunia ialah di Haddonfield, N.J.”

Saintis mengetahui tentang tapak Mantua Township sudah hampir seabad lamanya, namun idea mengenai kewujudan rangka ini pada hujung era Cretaceous telah timbul sejak sedekad yang lalu.

Adakalanya saintis turut menjemput pelajar sekolah untuk pengembaraan sambil belajar menyukai bidang sains dan penemuan. Ullman turut menyatakan mereka juga dalam perancangan untuk mewujudkan satu pusat bagi membolehkan komuniti setempat datang melawat dan mempelajari tentang kajian saintifik sambil melihat bagaimana kerja cari gali dijalankan.



KLIK SINI untuk artikel penuh.


No comments: