Kredit kepada: Reshareworthy
Gambar ihsan: Google Images
Gambar ihsan: Google Images
Assalamualaikum.....
Kepada sesiapa yang suka bertindak gila memukul orang, baran yang
sentiasa meletup-letup, kaki peras ugut, dan golongan yang suka
menakutkan orang lain secara jenayah, ketahuilah sejauh mana ganas pun,
kamu semua tetap akan terima balasannya! Tiada satu pun golongan manusia
jahat boleh hidup lama di atas dunia ini!
Anak-anak ibarat kain putih. Itulah apa yang selalu disebut dalam Islam. Ibu bapa adalah tonggak keluarga dan bertanggungjawab mencorakkan masa depan anak-anak. Jika baik yang diberikan, maka akan jadi baiklah si anak itu. Jika sebaliknya, buruklah akibatnya.
Kisah sebegini bukannya baru, malah sejak Nabi Adam a.s. turun ke dunia lagi sudah ada kes jenayah pembunuhan. Cuma dalam kes yang dipaparkan di laman blog ini bukannya pembunuhan tetapi satu lagi episod keganasan dalam rumahtangga, melibatkan seisi keluarga terbabit.

Pada 21.11.1990, seorang operator kecemasan 911 menerima panggilan telefon daripada seorang budak perempuan berusia 6 tahun yang menjadi saksi tindakan ganas dan gila bapa tirinya, yang membelasah ibu dan adik-beradiknya. Pada mulanya, ibunya diserang dan berkali-kali jugalah dia menjerit-jerit supaya bapa tirinya berhenti. Dalam esak tangisnya, dia ada menyebut bapanya seringkali pulang dan memukul ibunya dalam keadaan mabuk, sebelum menjerit kembali kerana adik-beradiknya pula menjadi sasaran. Tindakan bapanya semakin menggila apabila dia mengambil adiknya yang masih kecil.
Akibat terdesak dan dalam keadaan masih menangis, dia meminta polis dihantar ke kediamannya. Ini bukanlah kali pertama dia menyaksikan ibunya dibelasah berulang kali. Apabila dia sudah meningkat dewasa, dia berkongsi ceritanya dengan pekerja Perkhidmatan Perlindungan Kanak-kanak (Child Protective Service atau CPS) mengenai keganasan domestik. Menurutnya, terdapat 23 kes pihak CPS datang ke rumahnya tetapi dia dan adik-beradiknya tidak dapat dipisahkan daripada ibunya walaupun dia sebenarnya berharap sedemikian. Walaupun asalnya tidak mahu meninggalkan ibunya tetapi akhirnya dia menyedari ia adalah keadaan yang lebih baik.
Pengalamannya di zaman kanak-kanak memberikan kesan mendalam kepada dirinya. Dia berdepan masalah kurang keyakinan diri menyebabkan dia terjerumus seketika dalam hubungan berserta keganasan seperti dialami kedua ibu bapanya. Namun akhirnya dia berjaya memecahkan kitaran kezaliman itu dan memperoleh kembali kekuatan untuk mengubah kehidupannya apabila dia hamil anak kedua dengan bekas kekasihnya itu.
Dengan bantuan mereka yang senasib dan yang prihatin, yang sudi meluangkan masa memberikan galakan kepadanya dan membantunya pulih, dengan sokongan daripada Keganasan Domestik Kanak-kanak (Children of Domestic Violence), kehidupan Lisa mula berubah menjadi lebih baik. Dia turut berkongsi pengalamannya dalam laman web dan menerangkan "Perjalanan belum berakhir, saya masih perlu banyak belajar dan masih banyak halangan perlu dihadapi. Saya tidak takut untuk menghadapinya. Baik dan jahat akan sentiasa ada. Kitaran hidup membuktikannya, tetapi ia boleh diatasi. Saya tidak lagi berdepan dengan hubungan yang penuh keganasan. Kini saya sudah bebas untuk memilih dan mencapai matlamat yang saya inginkan. Menyedari saya telah memecahkan kitaran ini telah memberikan impak yang besar dalam kehidupan saya, di samping mempunyai rakan-rakan yang menyokong saya dalam proses untuk mencapai kejayaan ini, membuatkan saya berasa semua ini sangat bermakna."

Panggilan kecemasan 911 yang dibuat oleh Lisa satu ketika dahulu telah dihebahkan kepada umum bagi tujuan pendidikan. Walaubagaimanapun, Lisa tidak mengetahui rakaman panggilan kecemasannya digunakan untuk mendidik masyarakat tentang kesan keganasan domestik ke atas kanak-kanak. Dalam ceramah pendidikannya dengan pekerja sosial dan penguatkuasa undang-undang, Lisa mencabar mereka supaya sentiasa ingat akan kanak-kanak ketika berdepan dengan situasi keganasan domestik kerana golongan kanak-kanak tidak dapat mengawal atau tiada kuasa untuk mengubah situasi berkenaan.
Rakaman audio panggilan kecemasan antara Lisa dengan operator ini mungkin agak mengganggu. Dengarkan sehingga habis.
Dalam aspek kehidupan seharian, ibu bapa boleh mengajar dan melatih anak-anak untuk menghubungi operator kecemasan jika berlaku sebarang kejadian keganasan domestik, kemalangan mahu pun kebakaran. Ia mungkin mampu membantu mengurangkan kadar kerosakan harta benda dan menyelamatkan nyawa.
Jika anda mengetahui adanya kejadian keganasan domestik di tempat kediaman anda, sila berhubung dengan mereka dan bantu sebaik mungkin. Sila jangan berdiam diri.
KLIK SINI untuk ke pautan berkaitan.

No comments:
Post a Comment