Gambar ihsan: Owner, Google Images
Assalamualaikum.....
Suasana hujung tahun biasanya tidak sah kalau tidak berlaku hujan lebat atau banjir. Dalam bulan ini sahaja, baru dua atau tiga kali berlaku hujan lebat berterusan selama semalaman atau seharian, sampaikan ada beberapa kawasan teruk ditenggelami air sehingga tidak boleh dilalui kenderaan biasa. Nasib baik sesi tusyen sebelum ini telah selesai. Memandangkan ini sudah hujung tahun, kerja promosi pula mengambil alih dan berterusan selama seminggu. Promosi seterusnya, diatur kemudian.
Sempat masuk dalam akhbar apabila beberapa kawasan UMT ketika itu dinaiki air separas dada dan ada tiang elektrik tumbang menghalang jalan. Tambah membimbangkan sebab ketika itu belum lagi berlangsung konvokesyen. Mengenangkan keadaan ini membuatkan tiada mood untuk keluar ke mana-mana. Terperuk sahaja di rumah pun, tiada apa untuk dimasak, pun tiada filem baru untuk ditonton. Lagi bosan jadinya! Penat dengan kerja promosi, perut pun lapar. Belum pun tengah malam, sudah layan tidur sekejap. Bangun sahaja, terus keluar juga pada tengah malam walaupun untuk melahap semangkuk maggi rebus sambil layan filem di saluran Astro.

Fuhhh... jadual sibuk giler..
Masuk bulan Disember, jadual tusyen baru pun bermula. Adalah juga kerja untuk dibuat. Cari duit di hujung tahun dengan tawaran agak lumayan. Bahan mengajar kena susun sendiri. Nasib baik dua subjek. Jadual yang banyak kosong sudah boleh sumbat macam-macam. Yang di pihak agensi pelaburan, ada yang sudah bising suruh cepat-cepat dapatkan jualan paling tidak RM10 ribu. Hujung tahun ada dividen, katanya. Bak kata seorang ejen yang ditemui, kalau tak pecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Puaslah dibebelnya. Harapnya adalah rezeki.. Kalau dapat lebih lagi, bagus juga. Ammiiinnn.. Itu belum masuk lagi tawaran untuk menjadi pengurus projek dan beberapa lagi. Tidak cukup dengan itu, ada pula tawaran minta mengajar di kelas secara persendirian.
No comments:
Post a Comment