Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images
Gambar ihsan: Google Images
Assalamualaikum.....
Faktor kebersihan kanta lekap mampu memberikan risiko jangkitan kepada si pemakai. Anda perlu berhati-hati dalam aspek kebersihan dan menjaga kanta ini dengan betul serta menanggalkannya ketika tidur dan perlu mengendalikannya dengan tangan yang sentiasa bersih.
Terdapat satu senario yang mungkin ramai kurang prihatin mengenainya namun boleh memberikan kesan yang berbahaya daripada yang dijangka.
Majoriti pengguna kanta lekap tidak mengendalikannya dengan amalan kebersihan yang betul dan menyebabkan mereka berdepan risiko jangkitan kuman pada mata termasuk inflamasi pada mata yang dipanggil keratitis. Salah satu jenisnya dipanggil microbial keratitis, yang boleh terjadi apabila bakteria, virus dan ameba masuk ke dalam kornea. Kajian mendapati setiap tahun terdapat 930,000 kunjungan ke klinik dan pejabat doktor dan 58,000 kunjungan ke bahagian kecemasan bagi masalah keratitis atau kanta lekap. Dalam kes teruk, keratitis membawa kepada buta atau keperluan pemindahan kornea.
Untuk menningkatkan kesedaran orang ramai mengenai risiko tidak mengendalikan kanta lekap dengan betul, Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit (CDC) telah mengadakan satu Minggu Kanta Lekap. Berikut antara yang anda boleh buat ketika mengendalikannya:
Jangan bersihkan bekas lensa setiap kali dengan menggunakan air - Setiap kali selepas menggunakan kanta lekap, anda perlu bersihkannya dengan sejenis cecair yang disediakan (boleh beli di kedai optometris) dan biarkannya kering. Jika tidak, sejenis selaput dipanggil biofilm akan terbentuk di bawahnya. Ini akan memberikan risiko jangkitan pada mata.
Anda menggunakan bekas kanta lekap yang sama sepanjang tahun - Dalam banyak kes, berjimat dan setia adalah sesuatu yang baik, tetapi bukan dalam kes sebegini. Anda perlu tukar bekasnya setiap 3 bulan. Punca utama jangkitan ialah menggunakan bekas simpanan yang kotor. Pengkaji juga menunjukkan tidak menukarkan bekas selama 6 bulan meningkatkan risiko mendapat jangkitan microbial keratitis dengan lebih teruk.
Tidak membersihkan tangan sebelum memegang kanta lekap - Sesuatu yang jelas kerana anda mungkin tidak sedar akan kehadiran bakteria pada tangan. Ramai yang tidak membasuh tangan dengan sabun dan air bersih sebelum memegang kanta lekap pada mata. Apabila anda memegang kanta lekap dengan tangan yang tidak bersih, ia akan meninggalkan sisa kuman pada permukaan lensa dan anda secara tidak sedar meletakkan bakteria kembali ke dalam mata anda.
Membiarkan kanta lekap dalam cecair pembersih berhari-hari - Jika anda memakai kanta lekap sepanjang minggu dan hanya membersihkannya pada hujung minggu untuk keluar bermain, maka anda akan meninggalkan kanta lekap dalam larutan bertakung yang sama sepanjang minggu tanpa berfikir panjang. Larutan sepatutnya digantikan setiap hari. Daripada membazir dengan menukarkan larutan berkenaan setiap hari sedangkan anda tidak selalu menggunakannya, maka disarankan anda menggunakan kanta lekap jenis pakai buang yang anda boleh gunakannya hanya bila perlu tanpa perlu simpan atau bersihkannya.
Tidur dengan memakai kanta lekap - Sedangkan yang memakai cermin mata pun perlu tanggalkannya. Kajian menunjukkan meninggalkan kanta semalaman walaupun ia jarang dilakukan, ia tetap akan meningkatkan risiko keratitis.
Menggunakan larutan pembersih semulajadi - Jangan gunakan sebarang cecair yang tidak diluluskan oleh FDA untuk kanta lekap. Jika mata anda mempunyai sebarang alahan atau sensitif, gunakan jenis kanta pakai buang atau larutan berasaskan peroksida yang mengandungi sedikit bahan awet.
Kesimpulan mudah, lebik baik pakai sahaja cermin mata. Keselamatan dan kesihatan mata lebih terjamin. Lebih mudah untuk dijaga, senang dipakai dan ditanggalkan. Mudah dibawa. Tidak perlu cecair pelarut untuk pembersihan, hanya lapkan sahaja lensa dan terus boleh dipakai. Lebih selamat, lebih bergaya, jimat wang.. Hehehehe........
KLIK SINI untuk artikel penuh.

2 comments:
bukan laa penggemar contact lens pun...tapi sebab x selesa pkai cermin mata...laa ni dah masuk 6 tahun pakai lens...risau jugak kalau ade effect
kene jaga btul2 la.. yg rase leceh tu sbb kecik, pastu nk kene basuh2 la, apa la lg..
Post a Comment