MY FOLLOWERS

Tuesday, December 16, 2014

Berita - Kes Gila Dalam Sistem Metro di Moscow

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan:
Yahoo News


Assalamualaikum.....
 


Sistem pengangkutan metro Soviet mengejutkan orang ramai yang melalui kawasan terowong berkenaan apabila terdapat pasangan melakukan hubungan asmara setelah mereka masuk ke kawasan terowong dan melakukannya di atas trek. Pihak stesen keretapi metro berkenaan telah melakukan pemantauan keselamatan dengan segera setelah berlaku kejadian ini yang disifatkan pertama kali di stesen tersebut yang penuh dengan hiasan dinding dan lampu chandelier. Di Moscow, terdapat satu subbudaya penggemar yang suka meneroka terowong berkenaan termasuk sistem metro yang dipanggil "penggali" dan pada minggu ini, terdapat pasangan menyebarkan foto mereka sedang bermain-main di atas trek dalam keadaan tanpa pakaian. Aksi mereka mendapat perhatian selepas foto berkenaan disebarkan di laman-laman sosial yang menimbulkan persoalan mengenai aspek keselamatan sistem metro yang digunakan.

"Ini kali pertama peristiwa sebegini berlaku. Kami tiada pengalaman dalam hal sebegini," kata jurucakap metro kepada AFP.

Pengurusan metro mengumumkan mengadakan pemeriksaan mengejut ke atas keselamatan seluruh sistem bagi melihat jika ia mungkin bagi mendapatkan akses secara tidak sah ke bahagian bawah tanah.

"Semua bahagian syaf pengalihan udara akan diperiksa untuk melihat jika ia boleh digunakan untuk masuk ke bahagian bawah tanah," katanya.

"Sistem ini digunakan bagi mengelakkan kesesakan jalan raya dan peristiwa ini adalah pertama kali dalam sejarah sistem metro ini yang telah berusia 79 tahun yang telah digunakan oleh seramai 8 juta orang setiap hari untuk menjadi perhatian."

Pasangan berkenaan berada di terowong servis yang hanya digunakan untuk mengalihkan keretapi ketika berlaku kecemasan, bukannya yang selalu dilalui keretapi setiap 90 saat pada waktu puncak.

"Jika berlaku insiden di trek yang sentiasa beroperasi, pihak mettro akan dapat melihat dan terus menangkap mereka yang membuat kesalahan, sejurus mereka memasuki terowong."

Sebarang pelanggaran keselamatan akan dimaklumkan segera kepada pihak metro sebagaimana mereka pernah mengalami insiden pengeboman dengan ramai mangsa terbunuh pada 2004 dan 2010.

Polis juga menyatakan mereka telah melakukan pemeriksaan dalam insiden ini dan masih cuba mendapatkan identiti pasangan berkenaan. Seorang daripada 'penggali' ditemui, Andrey Rayonny berkata mereka bukanlah yang pertama dan dia bersama pasangannya memasuki terowong servis di laluan hijau yang berdekatan dengan Kremlin. Dia juga dikenalpasti oleh pihak Ren TV sebagai pengguna internet yang selalu menghantar foto di Instagram. Pihak berkuasa tempatan tidak dapat menghentikan mereka kerana terdapat banyak laluan haram boleh digunakan untuk memasukinya.

Tahun lalu, seorang lelaki maut dirempuh antara gerabak pada laluan sibuk, manakala pada 2011 pula dua pelajar maut ketika menaiki bahagian atap gerabak metro.

"Masalah bukan pada metro, tetapi pada orangnya," kata jurucakap metro itu.


KLIK SINI untuk artikel penuh.


No comments: