MY FOLLOWERS

Saturday, December 20, 2014

Artikel - Sambaran Kilat Catatumbo, Venezuela

Kredit kepada: MNN
Gambar ihsan: Google Images

 

Assalamualaikum.....


Terdapat satu tempat di dunia ini yang sentiasa berlaku sambaran kilat hampir setiap malam, dengan purata sebanyak 28 kilat per minit selama lebih 10 jam pada satu-satu masa. Dikenali sebagai Relámpago del Catatumbo atau the Catatumbo Lightning, ia mampu mencetuskan kilat sebanyak 3600 kilat dalam sejam atau satu kilat per saat.

Kilat ini terdapat di Venezuela, di kawasan pertemuan antara Sungai Catatumbo dan Tasik Maracaibo, yang disambar kilat hampir setiap malam seperti persembahan kilat dan ia telah berlaku selama 1000 tahun. Nama asalnya ialah rib a-ba, atau "river of fire," yang diberikan oleh penduduk asli kawasan itu. Disebabkan oleh keterangan dan frekuensi kilat itu yang dapat dilihat sehingga sejauh 250 batu, kilat berkenaan digunakan oleh para pelayar Caribbean pada era kolonial yang membuatkannya mendapat nama "Lighthouse of Catatumbo" dan "Maracaibo Beacon."

Kilat ini turut memainkan peranan lebih besar dalam sejarah Amerika Selatan dengan membantu menghalang serangan ke atas Venezuela pada waktu malam. Pada 1595, pancaran kilat menerangi kapal yang dipimpin oleh Sir Francis Drake dari England menyebabkan serangan mengejut yang dirancangnya terbongkar dan diketahui oleh askar-askar Sepanyol di bandar Maracaibo. Pada 24.7.1823 pula, ketika Perang Kemerdekaan Venezuela, pancaran kilat mengkhianati armada Sepanyol yang cuba menyelinap ke pantai, sekaligus membantu Admiral José Prudencio Padilla menangkis serangan penjajah.

Persoalannya, apakah yang menyebabkan kilat yang begitu berkuasa terjadi di kawasan yang sama lebih 300 malam dalam setahun dan berlaku sejak seribu tahun? Kenapa pula ia begitu berwarna-warni? Kenapa pula ia kadangkala menghilang secara misteri selama 6 minggu pada 2010?

Kilat Catatumbo telah mencetuskan banyak spekulasi sejak seabada lalu mengenai kejadiannya, termasuk timbulnya teori mengatakan ia dipenuhi unsur metana dari Tasik Maracaibo atau ia mungkin sejenis kilat yang unik. Walaupun asal-usulnya masih kabur, saintis begitu pasti kilat yang biasa berlaku itu jauh lebih kerap berlaku daripada di tempat-tempat lain disebabkan oleh faktor topografi dan corak aliran angin. 
 


Lembangan Tasik Maracaibo dikelilingi kecuali di satu bahagian mempunyai gunung-ganang yang memerangkap udara panas yang bertiup masuk dari arah Laut Caribbean. Udara panas ini kemudiannya akan bertembung dengan udara sejuk yang menuruni banjaran Andes yang memaksa kedua-dua aliran udara ini ke atas sehingga terkondensasi menjadi awan petir. Semua kitaran ini berlaku di atas sebuah tasik yang besar dan airnya akan menyejat dengan kuatnya di bawah pancaran matahari Venezuela yang menjadikannya penuh dengan kuasa. Seluruh kawasan berkenaan seumpama sebuah mesin menjana awan petir.

Terdapat kawasan telaga minyak besar di bawah Tasik Maracaibo, dan diketahui terdapat buih-buih gas metana naik dari beberapa kawasan berhampiran tasik berkenaan terutama di kawasan bencah berdekatan tiga pusat gempa yang berlakunya kilat. Sesetengah pakar berpendapat kenaikan gas metana mencetuskan kekonduksian udara di atas tasik yang pada dasarnya akan menghasilkan lebih banyak kilat. Namun ia masih belum dapat dibuktikan dan sesetengah pakar lagi meragui bahawa gas metana tersebut adalah signifikan dibandingkan dengan daya atmosfera yang besar. Warna terhasil daripada Kilat Catatumbo sering dikaitkan dengan gas metana namun teori berkenaan lebih diragui. Orang ramai sering melihat kewujudan kilat ini lebih 30 batu jauhnya dengan debu dan wap air kelihatan terapung di permukaan yang boleh mengherotkan cahaya dari tempat jauh sekaligus menambahkan warna kepada kilat seperti sinaran matahari naik atau terbenam.

Satu lagi mitos Maracaibo ialah mengenai kekurangan petir. Pemerhati telah lama menyatakan spekulasi bahawa ribut mencetuskan kilat secara senyap tetapi sebenarnya tidak. Kilat menghasilkan petir tidak kiralah apa pun. Bunyi tidak bergerak sejauh cahaya dan adalah sangat jarang untuk boleh mendengar bunyi petir jika seseorang berada lebih daripada 15 batu daripada kilat. Sesetengah saintis berkata Kilat Catatumbo menambahkan lagi lapisan ozon di bumi namun ia masih sekadar dakwaan sehingga kini. Panahan kilat akan menarik oksigen di udara untuk membentuk ozon tetapi masih tidak jelas sama ada ozon tersebut naik cukup tinggi hingga mencapai ke paras lapisan ozon stratosfera. 
 




Walaupun Kilat Catatumbo tidak muncul pada setiap malam, namun ia masih seperti tidak pernah berehat panjang. Itulah sebabnya kenapa penduduk berjaga-jaga apabila ia tiba-tiba hilang selama 6 minggu pada 2010. Kehilangannya bermula pada bulan Januari tahun itu disebabkan El Niño. Fenomena berkenaan telah mengganggu cuaca seluruh dunia termasuk menyebabkan kemarau teruk di Venezuela yang menjejaskan penurunan hujan selama berminggu-minggu. Sungai menjadi kering, dan menjelang malam bulan Mac masih tiada sebarang tanda berlakunya Kilat Catatumbo. Sebelum itu, kejadian berhenti paling lama direkodkan pada 1906 selepas gempa bumi bermagnitud 8.8 telah menyebabkan tsunami dan ribut kembali melanda selama 3 minggu.

"Saya melihatnya setiap malam tetapi tidak kelihatan. Ia sentiasa bersama kami, membantu kami pada waktu malam seperti rumah api." kata seorang guru di situ pada 2010.

Kilat dan hujan kembali semula pada April 2010 namun ada di antara warga tempatan bimbang jika malapetaka berulang. Buakn setakat El Niño menjadikan kawasan berkenaan kekurangan hujan, tetapi peningkatan perubahan iklim akibat perbuatan manusia akan menyebabkan kitaran hujan dan kemarau di kawasan tersebut menjadi lebih kuat. Penebangan hutan dan agrikultur akan lebih menambahkan keladak ke Sungai Catatumbo dan lagun berhampiran, menyebabkan kilat yang lemah walaupun dalam tahun yang tidak kemarau, seperti yang didakwa oleh pakar alam sekitar Erik Quiroga.

Angel Muñoz, pengkaji di Universit Zulia berkata pada 2011, tiada bukti saintifik Kilat Catatumbo menghilang tetapi mungkin akan menjadi lebih kuat disebabkan tambahan gas metana yang terbebas daripada kerja carigali minyak di Tasik Maracaibo. Pun begitu, ramai yang bersetuju bahawa ribut adalah semulajadi dan khazanah negara. Sejak 2002, Quiroga cuba mendapatkan pengisytiharan kawasan berkenaan sebagai tapak warisan UNESCO. Walaupun ia sukar tetapi dia masih berjaya mendapatkan pengisytiharan kawasan berkenaan dalam Rekod Dunia Guinness sebagai paling banyak sambaran kilat per km persegi dalam setahun. Rekod ini diharapkan dapat menarik perhatian pihak saintis dan pelancong.


 

KLIK SINI untuk ke pautan berkaitan.

No comments: