Gambar ihsan: Google Images
Assalamualaikum.....
Burpee membantu membakar apa yang anda makan melibatkan penggunaan seluruh otot, peparu dan kalori. Senaman tekan tubi kemudian lompatan kemudian kembali tekan tubi ialah satu cabaran, jadi adalah lebih efektif jika melakukan 10 reps dengan pantas untuk melancarkan metabolisma anda seperti juga melakukan lari pecut selama 30 saat. Itu adalah menurut satu kajian diterbitkan dalam American College of Sports Medicine.
Pengkaji juga menyenaraikan kadet ROTC untuk satu yang dipanggil Wingate
Anaerobic Power Test: Satu senaman lari pecut 30 saat dengan rehat
selama 4 minit antara pusingan selama 4 pusingan.Ada antara kadet
melakukan lari pecut 30 saat di atas basikal senaman manakala yang lain
pula melakukan burpee 30 saat secepat mungkin. Hasilnya kedua-dua
senaman menunjukkan peningkatan mendadak dalam metabolisma dan
kardiovaskular. Bezanya mengayuh basikal senaman merupakan senaman motor
ringkas manakala burpee melibatkan tahap ketangkasan,
keseimbangan, koordinasi dan seluruh kekuatan tubuh. Oleh kerana burpee
merupakan senaman yang melibatkan seluruh tubuh, maka anda berpeluang
merasai manfaat dalam pembinaan otot dari kepala hingga ke kaki
berbanding hanya peparu dan kaki.
KLIK SINI untuk ke pautan burpee.
No comments:
Post a Comment