MY FOLLOWERS

Tuesday, December 16, 2014

Petua - Bila Sakit Gigi

Kredit kepada: Laman Darling Ninie
Gambar ihsan: Google Images



Assalamualaikum.....



1. Baca surah Al-Fatihah
2. Baca doa di bawah sebanyak 7 kali

Diriwayatkan oleh Al-Bayhaqiy menyatakan bahawa Abdullah bin Rawahah telah mengadu sakit geraham kepada Rasulullah SAW. Baginda meletakkan tangan kanannya ke atas dagunya di mana terdapat geraham yang sakit tadi lalu membaca doa berikut tujuh kali:


 

Selain itu boleh juga mencuba dengan ayat ini (Surah Al Mulk Ayat 23):



Katakanlah (wahai Muhammad): "Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur". 

  1. Letakkan jari anda pada gigi yang sakit dan bacalah surah al-Mulk ayat 23 ini secara berulang kali. Tawakal kepada Allah semoga gigi cepat sembuh.
  2. Letakkan jari anda di bahagian gigi yang sakit, bahagian luar seperti di pipi dan urut berlawan arah jam. Baca surah al-Mulk ayat 23 di atas sebanyak yang boleh.
  3. Boleh juga letakkan bawang putih dan baca surah al-Mulk ayat 23 di atas.


Ad-daruqutni pula meriwayatkan dalam al-Afrad daripada Ibn Abbas berkata, Nabi s.a.w. bersabada, maksudnya: “Sesiapa meletakkan jarinya atas gigi tersebut lalu dibacakan ayat ke-98 surah al-An’am dan ayat ini, maka dia akan sembuh dengan izin Allah s.w.t.”

Surah Al-An'am ayat 98:




Dan Dia lah yang mencipta kamu dari diri yang satu (Adam), maka (bagi kamu) disediakan tempat tetap (dalam tulang sulbi bapa kamu atau di bumi), dan tempat simpanan (dalam rahim ibu atau dalam kubur). Sesungguhnya Kami telah jelaskan tanda-tanda kebesaran (Kami) satu persatu bagi orang-orang yang mengerti (secara mendalam). 



KLIK SINI untuk ke pautan berkaitan.

No comments: