Kredit kepada: Wikipedia, Watchseries
Gambar ihsan: Google Images
Gambar ihsan: Google Images
Assalamualaikum.....
Siri Revolution telah bersiaran selama 2 musim. Memaparkan keadaan selepas malapetaka moden selepas dunia ketiadaan elektrik. Mengambil tempat pada 2027, iaitu 15 tahun sesudah berlaku satu malapetaka besar dipanggil "The Blackout" yang menyebabkan semua jenis peralatan elektrik di bumi termasuk komputer, kenderaan awam,. telefon, hinggalah kepada enjin jet, semuanya tidak berfungsi secara kekal, turut menyebabkan keretapi berhenti bergerak di tempat terakhir dan kapal tersadai di lautan dan kapal terbang terhempas. Kerajaan dan pemerintahan juga jatuh. Selama 15 tahun sesudah The Blackout, masyarakat mula menyesuaikan diri sedikit demi sedikit. Di beberapa kawasan, sekumpulan panglima tentera dan militan mula mengambil alih kuasa dan mengisytiharkan wilayahnya sendiri. Di samping mengumpulkan senjata dan makanan, mereka juga bersaing dengan sekelompok penentang dalam mencari penyelesaian untuk mendapatkan kembali kuasa elektrik.
Siri ini mengikuti keluarga Matheson yang masih hidup diketuai bekas tentera, Ben Matheson bersama anak lelaki dan anak perempuannya, Danny dan Charile, yang tinggal berdekatan kampung di Chicago. Dia membawa bersama sejenis loket yang sebenarnya sebuah pemacu USB yang menjadi kunci bagi mencari jawapan kepada apa yang berlaku 15 tahun yang lalu dan jalan untuk membalikkan kesannya.
Walaubagaimanapun, Sebastian Monroe, seorang General bagi tentera Monroe Militia dan mengaku sebagai Presiden Republik Monroe juga sedang mencari jawapan kepada masalah berkenaan untuk menguasai kawasan utara Amerika. Kawasan republiknya kini merangkumi Sungai Mississippi, Kentucky dan Carolina. Mereka yang bersama keluarga Matheson kini melarikan diri daripada askar Monroe. Randall Flynn, seorang bekas Pemangku Setiausaha Pertahanan Amerika kini membantu askar Monroe selepas Rachel, isteri Ben melepaskan diri daripada tahanannya pada 15 tahun lalu, dan dia bertanggungjawab mengarahkan penggunaan teknologi senjata ini yang menyebabkan peristiwa The Blackout.
Teknologi ini merupakan sebuah nanoteknologi yang asalnya dibina untuk menghasilkan elektrik pada kos yang rendah, malangnya ia berfungsi sebaliknya dengan menyedut semua kuasa elektrik sewaktu ia pertama kali diuji penggunaannya. Kesan peristiwa ini dapat diterbalikkan dengan menggunakan sejenis loket, yang kini dicari oleh kedua-dua pihak penentang dan militan berkenaan.
Pada musim kedua, siri ini diperbaharui sebanyak 22 episod. Mengambil tempat 6 bulan selepas kejadian di musim pertama. Menampilkan Billy Burke, Tracy Spiridakos, Giancarlo Esposito, Zak Orth, David Lyons, Daniella Alonso, dan Anna Lise Phillips
Sumber angkatan revolusi: SINI | SINI |
Pada musim kedua, siri ini diperbaharui sebanyak 22 episod. Mengambil tempat 6 bulan selepas kejadian di musim pertama. Menampilkan Billy Burke, Tracy Spiridakos, Giancarlo Esposito, Zak Orth, David Lyons, Daniella Alonso, dan Anna Lise Phillips
Sumber angkatan revolusi: SINI | SINI |
No comments:
Post a Comment