Gambar ihsan: Yahoo News
Assalamualaikum....
Meluncur keluar!!
Seorang ibu dari Australia menjadi panik selepas terlihat kelibat seekor jerung tiba-tiba meluncur keluar dari air. Peserta meluncur yang lain terus berenang ke pantai demi keselamatan masing-masing selepas ikan jerung tersebut timbul ke permukaan sebanyak 2 kali di Pelabuhan Coffs. Insiden berkenaan menyaksikan ikan jerung itu meluncur keluar beberapa meter daripada ibu berkenaan dan dirakam oleh salah seorang penonton ketika itu, Steph Bellamy. Penggera dibunyikan selepas jerung berkenaan disahkan muncul di kawasan tersebut namun ramai peluncur sudah kembali ke pantai ketika itu.
Pihak penganjur memerhatikan keadaan pantai itu selama 15 minit sebelum menyambung semula pertandingan. Imej berkenaan dihantar kepada pakar untuk dianalisis.
KLIK SINI untuk ke pautan berkaitan.
1 comment:
Dyenpun nk jugak meluncur...len kali ajak ler, luncur sesama :p
Post a Comment