Gambar ihsan: Owner
Assalamualaikum.....
Festival selama 3 hari ini berlangsung di Galeri A dan B di TTC. Acara pada 21.11.2014 dimulakan jam 9 pagi dengan acara zumbar. Acara kemudian disusuli dengan pertandingan mewarna dan persembahan beberapa artis jemputan. Antara artis yang dijemput ke festival ini ialah Zizan Razak, Emma Maembong, Aiman, Balqis dan Nomad.
Gerai jualan dibuka sebagai tarikan kepada pengunjung. Antara barangan yang dipromosikan ialah perabot, makanan dan minuman, kupiah, minyak wangi, coklat, kain tudung, barang mainan, kasut, kosmetik, aksesori wanita, produk kecantikan dan kesihatan, jubah serta baju-T. Selain itu, satu sesi Bual Bicara juga diadakan. Panel jemputan ialah Ustaz Muhamad yang membicarakan tajuk "Berniaga Dalam Islam".
Festival Mylink kali ini dirasmikan sendiri oleh Zizan Razak pada hari kedua, jam 2.30 petang diikuti dengan sesi persembahan dan ramah mesra bersama artis jemputan. Festival ini diakhiri dengan persembahan daripada Nomad dan Finalis Hijabista 2014. Acara berakhir jam 11.00 malam.
No comments:
Post a Comment