MY FOLLOWERS

Wednesday, December 10, 2014

Artikel - Kaedah Mengajar Cara Lama Lagi Best...

Kredit kepada: Twitter
Gambar ihsan: Twitter


Assalamualaikum....

Walaupun zaman sudah berubah, masih ada yang suka cara lama untuk didik anak.





Budak sekolah zaman sekarang, sudah jauh beza daripada yang di zaman ibu bapa kita dahulu. Mana pernah ada kes melawan atau bertindak di luar batasan dengan cikgu-cikgu di sekolah. Lagi takut, adalah :-) Sampaikan kalau adalah yang terserempak dengan mana-mana cikgu di luar waktu sekolah, pasti akan lari. Hormatnya pada cikgu sekolah untuk jadi manusia yang berguna di masa hadapan.

Zaman sekarang, lain pula jadinya. Asalkan ada internet, ada gajet canggih-manggih, boleh siarkan macam-macam video, maka adalah paparan ugutan, cubaan memalukan cikgu dan sekolah, buli, perangai tidak senonoh, habis semua mahu diselongkar dan mahu ditunjukkan. Sampai ada kes si pelaku diburu orang ramai yang marah dan tidak puas hati selain ada juga yang menjadi buruan pihak berkuasa. Macamlah semua orang takut dengannya. Hekk elehh.. Dasar budak sekolah tidak sedar diri. Tidak sedarkah siapa guru dan siapa anak murid? Sampai ada yang cuba jadi lebih guru daripada guru itu sendiri. Patutlah di zaman sekarang ini ramai yang semakin rosak dan terus rosak. Sikit-sikit repot, sikit-sikit repot, sampai kalau boleh, cikgu itu pula yang dikenakan tindakan. Pantang kena cubit sedikit, sudah melalak. Lagi baik kalau keadaan sama macam di zaman ibu bapa kita dahulu. Kalau berani repot kena rotan, alamatnya bila balik ke rumah nanti akan kena tambah dirotan lagi sebelum dikejar keliling kampung oleh ibu bapa sendiri! 

Bila tengok paparan di atas, masih ada yang sukakan kaedah mengajar cara lama. Old school teaching method, katanya. Itulah caranya belajar untuk terus hidup. Takkanlah jatuh sedikit pun mahu buat laporan berjela-jela. Macamlah kena rotan dengan guru itu terlalu kejam. Berjalur merah pun sekejap sahaja. Kalau sudah untuk mendidik untuk jadikan seorang budak itu manusia berguna, kena terimalah juga tidak kiralah suka atau tidak. Bila tidak melawan guru dan ambil pengajaran, barulah berkat dan boleh jadi manusia yang elok bila besar nanti. Bukankah begitu?? Berapa ramai orang zaman sekarang yang masih gunakan cara ini dalam mendidik anak-anak mereka?


No comments: