MY FOLLOWERS

Monday, October 26, 2015

Paranormal - Kisah-kisah Hantu Yang Belum Pernah Didengari

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News


Assalamualaikum.....





Setiap negara ada kisah ngeri atau seram mereka sendiri. Bila dibaca kisah yang dikongsi, ada antaranya langsung belum pernah didengari. Di Singapura, mungkin ada yang biasa dengar cerita Hospital Changi yang lama, nenek dan cucu sedang meronda kawasan tentera (?) dan kisah budak bermain guli atas atap rumah. Berikut adalah cerita yang sempat diperoleh daripada beberapa individu (bukan nama sebenar) yang sudi membuka mulut untuk menceritakannya.


1. Kisah pontianak dalam tandas sekolah - Jane Surin, 29, Pengurus Studio Tarian

"Kisah berlaku ketika saya di tingkatan 3 di sekolah perempuan di kawasan timur. Waktu itu jam 6.30 petang, saya, Mel, dan Calli pergi ke tandas. Ada khabar angin tentang perkara pelik berlaku dalam tandas ini. 

Mel tunggu di luar dan saya ikut Calli masuk ke tandas. Ketika Calli dalam tandas, saya mengikat rambut di sinki. Melihat dalam cermin, saya ternampak seorang perempuan berdiri dalam salah satu kubikel, memakai uniform sekolah kami dan wajahnya berpaling hadap ke dinding. Di lehernya ada benang merah. Yang peliknya, tangannya dihulur seperti memanggil saya. Saya sangat takut dan terus meluru keluar dan beritahu Mel apa yang saya nampak tadi. Dia beritahu kalau seseorang ikat benang merah dari kaki katil mereka ke pokok pisang, pontianak akan terikat dengan hajat orang itu. 

Bila Calli keluar dari tandas 10 minit kemudian, dia terkejut tengok saya ada di luar. Dia kata dia bercakap dengan saya dalam tandas tadi dan saya pula respon kata ‘Ah. Ah. Ah.’. Mel dan saya terus pegang Calli dan lari sekuat hati dari tandas itu. 

Sejak dari hari itu, kami tidak lagi menggunakan tandas itu."


2. Pasar berhantu - Wong Ah Sian, 76, Pesara

"Saya tinggal di rumah kedai di Tiong Bahru setentang dengan sebuah pasar basah lama, dengan beberapa unit, digelar sebagai rumah perang sebab sudah wujud sejak Perang Dunia Ke-2. Saya besarkan semua tujuh orang anak saya di sini.

Saya tidak ceritakan pada mereka kisah ini sehinggalah mereka dewasa dan bertanya kenapa saya hendak berpindah.

Pada satu malam, ketika tengah malam sesudah semua orang tidur, saya biasa dengar bunyi bising dari seberang jalan, dari arah pasar basah yang lama itu. Ia kedengaran seperti suasana bising orang berniaga pada sebelah pagi setiap hari tetapi semua kedai sudah tutup pada masa itu.

Bunyi akan jadi lagi bising bila tiba perayaan dipanggil Chinese Seventh Month. Pada masa itu, saya akan tutup semua tingkap dan langsir sebab takut dengan apa yang saya mungkin lihat.

Rumah itu sudah dijual lebih dari 10 tahun yang lalu."


3. Ada 'orang asing' dalam rumah baru - Colin Ng, 37, Juruterbang

"Pada tahun 1987, ketika saya berusia 9 tahun, keluarga saya berpindah ke sebuah rumah pangsapuri. Sebagai penganut Katolik, menjadi kebiasaan keluarga kami untuk panggil paderi untuk merahmati rumah kami. Sebelum memulakan upacara, saya terasa ada sesuatu yang aneh dalam bilik. 

Sebab saya anak tunggal, saya tidur seorang. Satu hari, selepas balik dari pertemuan keluarga, saya berbaring untuk cuba tidur. Kemudian saya terdengar bunyi berdengkur yang kuat seperti orang bernafas dengan hidung kemudian hembus dengan mulut. Terasa seram juga, saya anggap itu cuma dengkuran ayah saya dan terus tidur. 

Selepas beberapa malam, saya cuba siasat sendiri jika itu memang dengkuran ayah saya. Jadi saya berjalan melepasi bilik mereka dan dapati ia senyap sahaja. 

Bila mahu masuk sahaja bilik, saya terdengar lagi dengkuran itu. Bila mahu ke katil, saya dengar dengan jelas bunyi itu datang dari satu sudut bilik yang menempatkan almari baju. Pada masa itu saya sudah takut dan nadi saya berdenyut kencang. Saya terus baring dan tidak bergerak dan cuba lihat pada hujung kaki pada sudut gelap dari arah datangnya bunyi itu tetapi tiada sebarang penampakan. 

Saya mula berdoa tetapi bunyi itu masih belum berhenti. 

Dengan saki baki semangat yang ada, saya terus capai bantal peluk dan selimut dan terus meluru ke bilik ibu bapa saya dan tidur atas katil mereka. Saya cuma beritahu bilik saya panas dan terus tidur. 

Selepas itu, berada dalam bilik saya buatkan saya rasa kurang senang. Selepas kedatangan paderi ke rumah kami, tiada lagi insiden seperti itu." 


4. Dirasuk saka yang marah - Zulhelmi Ahmad, 27, Pembantu Pesawat

"Datuk saya ada waris (macam saka) diwarisi turun-temurun, yang melindunginya selama bertahun-tahun. Lain orang, lain warisnya tetapi datuk saya hanya menggunakan ayat suci al-Quran untuk melindungi dirinya. 

Oleh sebab datuk saya adalah lelaki terakhir dalam susr galur keturunannya, waris berkenaan menuntut untuk dapatkan pemilik baru. Datuk saya mula sakit dan lemah, dan waris itu mula menjadi agresif dan memberontak. 

Pada satu malam, ketika keluarga melawat datuk, waris merasuk anak saudara perempuan saya yang muda. Dia mula menjerit "Dia milik aku!"

Kami ketika itu di tingkat 7. Pakcik saya boleh dengar jeritannya sampai ke kedai kopi, ketika itu dia di tingkat bawah. Di satu masa, dalam keadaan dirasuk, dia boleh tolak ibunya ke dinding. 

Kami terus baca ayat-ayat al-Quran dan doa-doa untuk melemahkan dan menghalau makhluk halus ini. Selepas itu, anak saudara ini tidak sedar apa yang dibuatnya ketika dirasuk itu. 

Datuk saya meninggal dunia dan sejak dari itu, kami tidak lagi dengar atau mengalami sebarang gangguan daripada waris. Tidak tahulah sama ada ia hilang atau bergantung pada orang lain pula. Tidak kira apa pun, saya tidak mahu tahu."


5. Kemarahan roh di 'rumah merah' - Mr Lai, 31, Ejen Hartanah

"Insiden ini berlaku pada tahun 1996 ketika saya dan kawan sekolah menengah bertemu di sebuah chalet di Pasir Ris. Ketika waktu lapang, dia ajak saya untuk meneroka sebuah 'rumah merah' yang ada berdekatan tempat itu.

Kawan saya ini ada kelebihan 'boleh nampak' dan ajak saya untuk berjalan rapat dengannya.

Rumah itu dikelilingi pagar tetapi kami masih boleh masuk ikut bahagian yang berlubang di kawasan belakang. Sudahlah gelap, bila kami masuk sahaja, terasa seram sejuk.

Tiba-tiba kawan saya suruh patah balik. Ketika itu juga muncul cahaya terang seperti kilat dari luar yang menakutkan kami, dan kami pun terus keluar dari tempat itu.

Bila sampai di chalet, dua orang kawan saya mula muntah-muntah, dan ada seorang lelaki yang 'boleh nampak' itu cuma duduk dengan pandangan yang semacam. Dia demam selepas itu. Salah seorang kawan dan saya yang beragama Katolik tidak apa-apa.

Kami kemudian bercerita apa yang berlaku, salah seorang lelaki mendedahkan bahawa dia tidak sengaja terpijak 'hidangan' di luar rumah itu yang mungkin menjadi sebab roh di rumah itu marah. Kami tidak  bercerita mengenainya lagi selepas itu."



Sumber seram giler:  SINI  |   



No comments: