MY FOLLOWERS

Sunday, April 26, 2015

Sekadar Luahan - Krisis Masa!

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Google Images

 

Assalamualaikum.....




Dalam masa seminggu dua ini, yang kerap berlaku apabila ada orang yang balik bercuti pertengahan semester selama dua minggu yang sibuk untuk minta pergi ke sana sini sedangkan kita inilah yang patut lebih sibuk. Kenapa? Sebab setiap pagi mahu berada di pejabat untuk sesi perkongsian pagi serta urusan lain. Bukannya bawa kereta macam bawa teksi ke sana sini. Kita ini sebenarnya tiada masa mahu layan itu semua sebab mahu bergerak dengan menepati masa (punctual!).

Nak punctual tahu?! Hari-hari!

Mentang-mentanglah kita tidak perlu punch card sebab jadual bebas, maka mulalah ambil kesempatan pula dengan anggapan kita ini bebas boleh disuruh itu ini. Dia pula yang lebih-lebih sibuk minta tolong hantar dan tolong ambil sebab segan sangat mahu minta tolong kawan lain. Macamlah kawannya tiada kenderaan langsung untuk ditumpang. Teruk betul! Kalau tiada orang mahu ambil dan hantar, pergilah sendiri atau paling tidak pun, duduk sahajalah di rumah tanpa perlu sibuk sangat mahu ke sana sini. Ini tidak, setiap kali balik sahaja cuti, itulah dia dan setiap kali itu jugalah kita akan mengeluh benda yang sama "Hmmm! Lewat lagi la aku.." Sampaikan ada juga ditegur beberapa orang kenalan seangkatan bila diluahkan hal ini, sebab masa yang sepatutnya diluangkan di pejabat sudah habis angkara pihak tidak bertimbang rasa.


Kalau sudah sampai ke tahap ini - TAK RETI-RETI LAGI KEE????!!!  


No comments: