MY FOLLOWERS

Sunday, April 26, 2015

Sekadar Luahan - 2 Cerita, Ending Lain

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Google Images

 

Assalamualaikum.....

Ohh... kisah tusyen lagi.. Dua kisah dengan pengakhiran berbeza..




Kisah 1

Penulis mengajar di sebuah pusat tusyen ini dengan kontrak selama 6 bulan. Bermacam projek dirancang, daripada pengajaran di rumah pelajar sehinggalah kepada beberapa projek di sekolah. Ada yang sempat penulis ikut serta, cuma kebelakangan ini agak pelik sebab mereka tidak hubungi pula sedangkan dalam laman Facebook ada dimuat naik beberapa kemaskini memaparkan projek-projek terbaru. Selalunya mereka akan dimaklumkan jika mereka akan jalankan sebarang rancangan.

Selepas tamat kontrak, langsung tiada sebarang panggilan atau sms. Maka kebetulan pada satu hari ketika menghadiri satu karnival jualan di Unisza penulis terserempaklah dengan cikgu yang uruskan bahagian tusyen di pusat ini. Katanya mahu tengok dahulu macam mana keadaannya. Kesudahannya? Senyap!

Jadi penulis pun pergi sendiri ke pusat itu dengan niat untuk tanya sendiri keadaannya. Lain diharap lain pula jadinya. Rupanya staf perempuannya kini sudah ambil alih tugasnya kerana menurutnya cikgu tersebut sudah berhenti sebulan lalu dan sudah buka tusyen sendiri. Dia pula mengambil tugas dan jawatan baru selepas CEO sendiri isytiharkan cikgu itu sudah berhenti dan tiada sebarang surat diserahkan. Kiranya berhenti senyap terus. Uiisshhh!!  

Berkenaan kontrak, perlu dapatkan dahulu semua dokumen berkaitan daripada cikgu itu.


Kisah 2

Satu lagi pusat tusyen di bandar ini. Bezanya staf yang uruskan tusyen sebelum ini sudah maklumkan kepada penulis mengenai dia kini tidak lagi bekerja di pusat itu. Staf baru kini sudah ambil alih tugasnya dan sedang mencari kembali mana-mana guru yang mengajar subjek sebelum ini. Tusyen ditangguhkan dahulu bagi memberi laluan kepada kerja naik taraf tempat tusyen yang mempunyai kelas dan pejabat. 


No comments: