Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owner
Gambar ihsan: Owner
Assalamualaikum.....
Setiap
kali mahu balik beraya, biasanya akan beraya di Terengganu sahaja. Kali
ini kami buat perubahan dengan beraya di Melaka. Perancangannya adalah
akan ke sana pada 21.6.2017 jam 8 pagi. Memandangkan ada sedikit hal
perlu diselesaikan dahulu pada pagi itu, jadi kami bertolak lewat 2 jam.
Persiapan
seperti memeriksa kenderaan termasuk minyak silinder dan air sudah
dibuat, cuma ada seperkara yang merunsingkan sejak ke Bachok sebelum itu
iaitu masalah penghawa dingin yang sekejap ada sekejap panas. Masalah
yang pada masa itu memang tidak tahu apa masalahnya. Minyak kereta sudah
diisi RM40 pada malam sebelum bertolak. Makanan juga disiapkan,
meskipun berpuasa tetapi manalah tahu seandainya perlu berbuka.
Memulakan
perjalanan, kami lalui kawasan sebelah pantai menghala ke Chendering,
Marang dan menghala ke Dungun. Hanya bila melalui Dungun barulah
penghawa dingin mula buat hal. Yang duduk dalam kereta mula merungut
minta dibuka tingkap. Bila penghawa dingin baik sekejap, terasa sekejap
sejuknya. Adakalanya hati pun jadi panas juga sebab tidak tahu apa
puncanya.
Setelah melalui kawasan Ayer Hitam sebelum
menghala ke Kemaman, kami melencong masuk ke simpang untuk masuk ke
Lebuhraya Pantai Timur. Ketika ini memang sudah langsung tidak gunakan
penghawa dingin. Sebelum itu, sudah sedia di tangan isian Touch N Go.
Hanya menggunakan cip pada kad pengenalan dan semuanya baik sahaja.
Tiada lagi menggunakan duit tunai. Satu lagi cabaran bila mula masuk ke
lebuhraya ini ialah tiada stesen minyak! Dan lebih merisaukan bila
memecut, suhu enjin cepat memuncak dan panas.
Setibanya
di satu kawasan kalau tidak silap selepas Bukit Besi ada satu hentian
rehat dengan stesen isian kecil Petron. Ingatkan boleh sahaja untuk
tambah minyak, malangnya pam rosak pula. Disebabkan bimbang, kita pun
berdoalah sebanyaknya memohon supaya isian yang ketika itu tinggal 1 bar
boleh bertahan sekurang-kurangnya 50 km lagi.
Agak
membosankan terutama bagi budak-budak sebab sepanjang perjalanan di
lebuhraya ini, di kiri dan kanan hanya kelihatan ladang kelapa sawit dan
gunung-ganang. Pejam celik beberapa kali pun, suasana masih sama.
Untuk sampai ke Melaka, kali ini kami gunakan laluan Gambang-Pekan-Muadzam Shah-Segamat dahulu.
Alhamdulillah,
selepas keluar dari lebuhraya dan masuk ke kawasan Gambang, baru jumpa
stesen minyak BHP. Kami terus tambah isian minyak RM40 lagi. Sempat kali
tanya pada pekerja di stesen minyak mengenai laluan mana perlu diambil
kalau mahu masuk menerusi Segamat.
Kami teruskan
perjalanan hingga tiba di persimpangan lampu isyarat bawah jambatan
untuk laluan ke Kuala Lumpur, Gambang dan Lapangan Terbang Kuantan. Kami
kemudian masuk ke simpang sebelah kanan untuk teruskan perjalanan.
Ketika itu jam sudah tunjukkan waktu sekitar 1.30 tengahari dan
budak-budak mula berasa lapar. Hilanglah sudah rasa bosan tadi sebab
sudah dapat lihat kawasan bandar dan rumah-rumah.
Santai jer... tengok apa agaknya ye....
Bila masuk sahaja kawasan ini, dapatlah saya selaku pemandu mengecam beberapa landmark yang
sebelum ini pernah dilalui. Antaranya persimpangan yang ada tempat
rehat berdekatan stesen minyak di situ. Kawasan ini memang sudah menjadi
tempat kami sekeluarga berehat sebelum meneruskan perjalanan sewaktu
tinggal di Negeri Sembilan dahulu. Bezanya dahulu masih budak, cuma jadi
penumpang sahaja. Kali ini bawa satu keluarga. :-)
Sekitar
jam 3 petang, kami sampai di stesen minyak Petronas Muadzam Shah. Waktu
ini, saya buka semula penutup enjin untuk lihat sendiri kenapa enjin
tunjukkan suhu yang panas. Hairan, sebab air pun tidak kering. Saya
tidak periksa minyak silinder sebab sebelum ini keadaannya masih baik.
Selepas
berehat seketika dan tunaikan solat, kami teruskan perjalanan sehingga
ke Rompin dan seterusnya melalui kawasan Gemas-Bahau yang menghala ke
Negeri Sembilan. Jangkaan kami kalau tiada apa-apa masalah atau tersalah
jalan, bolehlah sampai di destinasi sebelum berbuka. Simpang ini juga
satu lagi landmark penting sebelum ke Negeri Sembilan, yang biasa
dilalui dahulu. Bezanya kali ini kami tidak masuk ke simpang ini dan
teruskan sahaja hingga masuk ke Segamat. Pada waktu ini, kedua-dua telefon bimbit sudah kehabisan bekalan kuasa.
Dari Segamat,
kami mula mencari mana-mana papan tanda yang bertulis Melaka atau
mana-mana kawasan negeri itu untuk mudahkan perjalanan kami. Maklumat
yang kami terima ketika di Segamat, perlu masuk melalui Tangkak dan ke
Muar dahulu. Ketika itu melalui kawasan Balai Polis Segamat dan ada
ternampak papan tanda untuk tuju ke Muar. Jalan yang banyak selekoh dan
belum jumpa papan tanda yang dicari membuatkan saya penat dan tertekan.
Ketika
sampai di Tangkak, hari sudah senja. Jam sudah melepasi pukul 7 malam.
Pada ketika itu, barulah nampak papan tanda bertulis MELAKA. Minyak
ditambah sebanyak RM30 lagi. Kami teruskan perjalanan untuk masuk ke
Muar, tetapi sebab sudah penat jadi saya lupakan sahaja niat masuk
melalui Muar setelah ternampak papan tanda menuju ke Jasin. Jadi kami
pilih laluan ini untuk menuju ke Ayer Keroh.
Jam 7.25
malam, kami sampai di stesen minyak di Jasin untuk membeli makanan untuk
berbuka. Waktu berbuka ketika itu 7.20 malam, di Jasin. Dalam
perjalanan, kami sudah telefon tuan rumah dan diminta tunggu di sebuah
kedai makan Lemang Cikgu di Bukit Katil.
Alhamdulillah, akhirnya sampai juga di Ayer Keroh sekitar 9 malam.
No comments:
Post a Comment