MY FOLLOWERS

Tuesday, July 25, 2017

Artikel - Mengimbau Kenangan Zaman Kanak-kanak Dengan Permainan Video Micro Genius!!

Kredit kepada: Rojakdaily
Gambar ihsan:Rojakdaily



Assalamualaikum.....


Siapa antara kalian yang lahir dan membesar di era 80an dan 90an, anda mesti ingat dan pernah bermain permainan video ini. Semua yang ada dalam senarai di bawah ini, saya pernah main.. hahahaha

Zaman 80an dahulu, permainan ini didatangkan dalam katrij. Setiap katrij ada permainan yang berbeza, tidak semestinya sama. Oleh sebab ramai yang ada sistem permainan ini ketika itu, ada yang bertukar-tukar katrij dengan kawan-kawan. 

Ada katrij jenis 999-in-1. Bukannya 999 permainan pun, cuma permainan sama tetapi masuk pada tahap atau stage yang lain.


Di bawah ialah antara yang popular ketika itu.....

Skrin Stage 1 - lepas turun dari helikopter

Skrin Stage 2. Stage 4 pun lebih kurang sama


Pada kulit luar katrij nampak macam Arnold Schwarzenegger dalam filem Predator dan boleh dimainkan dengan 2 pemain. Tiada siapa pun yang peduli ia keluaran Konami atau tidak, yang pemain tahu ialah kod tipu atau cheat code "Up, Up, Down, Down, Left, Right, Left, Right, B, A, Start." pada skrin permulaan. Tujuannya untuk dapatkan jumlah life sebanyak 30 dan tidak kehabisan. Kiranya boleh 'mati' banyak kali dan boleh tamatkan permainan sehingga tembak jantung makhluk asing di Stage 8!






Satu lagi yang digemari ialah Double Dragon yang menampilakn dua beradik iaitu Jimmy Lee dan Billy Lee. Yang terbaiknya boleh buat spinning kick bersama-sama dengan tekan butang A dan B serentak. Siap ada filem lagi! Hahaha!





Satu permainan yang boleh tembak ke skrin TV walaupun ketika itu tiada touch screen.. Ada dua mode iaitu tembak seekor atau dua ekor itik. Cara bermain, anda kena tembak itik yang terbang keluar dari semak. Kalau dapat, anjing akan kutipkan untuk anda. Kalau terlepas, maka dia akan gelakkan anda macam yang dalam gambar di atas!





Yang seronok dengan permainan ini ada dua, iaitu bila tengok motorsikal tergolek-golek sampai ke luar gelanggang, dan akan naik atas podium bila menang. Selain daripada stage yang sedia ada, anda boleh juga bermain dengan stage yang anda buat sendiri. Maknanya boleh bina sendiri halangan-halangan dalam litar secara custom made.





Hogan's Alley sebenarnya permainan latihan menembak Special Police School di Camp Perry, sebuah kemudahan latihan untuk National Guard of the United States. Tidak hairanlah bila bermain, anda jua kena tembak kadbod seperti di tempat latihan. Cuma jangan tersalah tembak kadbod yang paparkan orang 'baik-baik'. 

Permainan seperti Virtua Cop, Time Crisis, dan House of the Dead adalah permainan yang saya main di komputer.





Ini memang terbaik! Hahaha!

Permainan ini boleh dimainkan dengan satu atau dua pemain. Ia tentang anak anjing laut yang makan sayuran anda dan anda perlu sampai di atas. Dengan berbekalkan tukul, anda kena ketuk halangan batu, anjing laut dan burung untuk melepasinya. Untuk memenangi setiap peringkat atau stage, bila sampai di atas, anda perlu sambar kaki seekor burung yang terbang di situ. Ada 32 peringkat kesemuanya. Skrin markah akan dipaparkan selepas kaki burung disambar dan anda akan lihat ikon pendaki eskimo melompat keriangan sambil pegang bendera. Kalau kalah, pendaki eskimo akan menangis. Huhuhu...

Biasanya tak pernah habis pun main, sebab semakin tinggi peringkat, semakin susah halangannya.





Permainan Mario ini merupakan edisi keduanya. Kali pertama watak ini muncul dalam permainan Donkey Kong. Yang  menariknya banyak daripada elemen yang ada dalam permainan Super Mario dikekalkan. Antaranya kura-kura, paip dan kawannya Luigi.






Ini permainan Mario yang akan sentiasa diingati, yang berjaya di Jepun dan begitu terkenal ketika zaman platform Micro Genius. Pergilah tanya pada kawan yang hidup pada era permainan ini. Mereka pasti tidak akan melupakannya....








Walaupun terdapat 3 siri yang diterbitkan oleh NES, yang ini versi permainan TMNT yang digemari. Pengembaraan terbaik hingga ke peringkat melawan Shredder, Krang dan Super Shredder.   







FIRE!! Satu lagi permainan menembak menggunakan Light Gun. Kali ini berlatar belakang suasana koboi. Dalam permainan ini anda boleh pilih untuk berlawan menembak dengan seorang atau dua orang sekaligus. Kalau tertembak sebelum arahan dikeluarkan, anda dikira kalah. Menembak di salon adalah satu lagi pilihan mod dalam permainan ini. 






Nama permainan ini ialah Yie Ar Kung Fu. Permainan ini sebenarnya agak susah sebab pihak lawan bergerak lebih laju daripada pemain sendiri. Memanglah bunyinya tidak adil. Apa lagi sebab pemain serang dengan tangan kosong manakala lawan pula siap dengan senjata masing-masing.  

Sebenarnya ada beberapa lagi permainan yang mencabar seperti Karateka, Heroes Story, Spartan X, Adventure Island 1 dan 2. Kalau disenaraikan mungkin agak banyak, namun itulah permainan yang sehingga tamat era permainan ini pun, ia tidak habis dimainkan. Huhuhuuu...    



Best giler main game ni:  SINI  |    



No comments: