MY FOLLOWERS

Saturday, July 8, 2017

Artikel - Penat Jalan Jauh, Soket Itu Je Puncanya?!

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owner

 

Assalamualaikum.....


Kalau sebelum ini memandu di kawasan sekitar rumah, memang tidak akan nampaklah masalahnya. Bila sudah memandu sejauh ke Melaka dan balik semula ke Terengganu, barulah tahu.

Masalahnya ada dua - penutup fuel cap tangki minyak silinder yang hilang, enjin jadi panas bila memecut sedangkan minyak silinder dan air dalam keadaan baik, yang boleh jadi sebab kipas enjin tidak berfungsi. Penghawa dingin juga menjadi tidak berfungsi. Bila suisnya ditekan, hanya terasa angin panas bertiup.

Disebabkan malas mahu bertangguh dengan masalah ini, saya telah bawa kereta ini ke bengkel di sini pada keesokannya.

Bila dibuka penutup enjin, mekanik pun terkejut dengan apa yang sudah jadi dengan enjin, sampaikan bahagian penutup minyak silinder ditampal sedemikian rupa. Jadi mula-mula sekali, satu penutup tangki minyak silinder (khas untuk Proton, yang tutup atas tangki minyak silinder) dibuka. Kemudian, tampalan dibuka dan mekanik pun dapatkan satu penutup fuel cap untuk tangki minyak silinder ini sebagai ganti, nasib baik ada jenis yang sama walaupun bukan yang first hand. Sekadar yang tinggalan yang dikutip di bengkel di celah longgokan barang bengkel.

Enjin kemudian dihidupkan untuk lihat di mana masalah penghawa dingin dan kipas enjin seperti yang diberitahu.


Soket yang tercabut daripada sambungan (anak panah) dan fuel cap minyak silinder yang diganti. Kesan putih di sekelilingnya disebabkan pita pelekat yang menutup lubang minyak silinder dilekat di situ sebelum itu.


Soket yang membawa bekalan kuasa untuk kipas enjin. Sesudah disambung, kipas enjin kembali berfungsi seperti biasa dan keadaan penghawa dingin juga kembali pulih.



Kemudian mekanik dapati ada satu soket plag berwarna biru berdekatan getah paip penyambung yang tercabut! Barulah terfikir, memang semua bahagian elektrik seperti lampu dan kipasnya juga ada plag dan soket yang turut kena diberi perhatian, bukan komponen sahaja!

Bila disambung sahaja, semuanya jadi pulih seperti sediakala. Bila kereta dipecut melebihi 80km/j pun keadaannya baik sahaja, penghawa dingin pun jadi baik, suhu enjin pun tiada masalah. Tiada apa yang rosak sebenarnya! Kita je yang tak terlintas apa halnya dari awal sebab kita bukan mekanik.

Penat jalan jauh, sudahnya ini jer masalahnya!! 


Berita baiknya, nasib baiklah dapat alat ganti secara percuma dan servis pun tidak perlu bayar!


No comments: