MY FOLLOWERS

Wednesday, October 3, 2018

Artikel - Gear Bermasalah: Tukar Kotak Gear Automatik Kepada Manual

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: owner


Masalah dalam enjin kereta adalah pelbagai. Setiap kerosakannya adalah seperti penyakit, dan semestinya ia ada tanda-tanda tertentu jika ia berlaku. Perkara ini boleh dipelajari menerusi pengalaman menggunakan kenderaan itu atau boleh sahaja tanya pada sesiapa yang mahir mengenainya. 

Pada saya, di samping segala masalah dalam enjin, ada seperkara yang membuatkan lebih sakit kepala iaitu bila berlakunya masalah dalam sistem gear. 

Berbanding transmisi manual, jenis automatik perlu diperhatikan lebih serius. 


Di sini saya kongsikan sedikit daripada yang terdahulu. 

Tahun 2016. Ketika itu tidak pasti apa masalahnya apabila setiap kali enjin dihidupkan dan masuk gear D, kereta masih tidak boleh bergerak. Statik hingga 5-10 minit barulah boleh bergerak. Masalah selesai bila kotak gear ditukar. 

Hujung tahun 2017, kerap berlaku masalah enjin tersedut-sedut sekali-sekali atau 'jerking' ketika memandu. Saya berhentikan kenderaan dan hidupkannya semula selang beberapa lama kemudian. Kali pertama, ia disebabkan masalah kabel 'crank sensor' yang terdapat pada enjin yang dihubungkan ke 'spark plug'. Kerosakan kabel ini menyebabkan isyarat api tidak dapat dihantar kepada silinder dalam enjin untuk pembakaran petrol. Paling teruk apabila berlaku sewaktu dalam perjalanan pulang dari Bangi ke Kuala Terengganu. Terpaksa bertahan dengan masalah ini sepanjang perjalanannya pad waktu malam. Masalah selesai bila kabel ditukar keesokannya. 

Kemudian masalah serupa berlaku lagi. Sekitar Jun 2018, saya berhentikan kereta dan cuba hidupkannya semula. Kali terakhir dicuba, malangnya enjin tetap tidak dapat dihidupkan. Bila diperiksa, rupanya bateri yang sudah tamat tempohnya. Tukar bateri dan masalahnya selesai. 

Sekitar Julai 2018, ketika mahu pergi beraya di rumah kenalan pada satu malam. Ketika memandu sebelum itu pun, didapati gear sedikit susah untuk bertukar (shift). Tekan minyak pun, ia sukar untuk 'menarik' gear untuk naik. Saya berhenti di sebuah stesen minyak untuk membeli sedikit barangan, enjin langsung tidak memberikan respon bila kunci dipulas, walaupun dicuba beberapa kali. Bila diperiksa beberapa hari kemudian, didapati bahagian pam minyak di bawah kereta didapati tersumbat. Walaubagaimana pun, setelah diganti, masalah kesukaran untuk 'menarik' gear masih berlaku. 

Hinggalah pada beberapa hari yang lalu. Masalah gear ini semakin teruk. Tekan minyak hingga ke 5 atau 6 pun (meter r/min), gear tidak naik. Pemanduan terasa seperti memandu pada laju 20-30 km/j dan ada sedikit bau hangit. 

Maka, kotak gear ditukar sekali lagi. Kali ini ditukar daripada transmisi automatik kepada manual. 



Bahagian gear automatik yang dicabut


Sesudah dipasang kotak gear baru




Keadaan kotak gear dari bawah



Klac baru siap dipasang


Keadaan gear dan kemasan yang siap dipasang. Kemasan keliling gear adalah dari Satria Neo


Selesai dipasang, pemilik membawanya ke tempat snow wash untuk dibersihkan



Bagi proses penukarannya, kotak gear dicabut beserta bahagiannya dalam ruang enjin. Kemudian satu ruang ditebuk pada bahagian bawah sebelah pedal brek, untuk memasukkan kabel dan sambungan pedal klac. Engine mounting, flywheel, starter, oil shield dan kotak gear dipasang seperti biasa. Minyak transmisi manual (MTF) juga digunakan menggantikan yang terdahulu (ATF). 



No comments: