MY FOLLOWERS

Wednesday, October 10, 2018

Artikel - Kisah Beberapa First Lady La Sangat....

Kredit kepada: FB Rahsia Hawa
Gambar ihsan: Google Images



Marie Antoinette



Pemaisuri Raja Louis ke-14 hingga ke hari ini masih disebut sebagai ikon gaya hidup mewah yang penuh glamor. Pesta dan kenduri-kendara di Istana menjadi buah mulut warga Perancis. Marie Antoinette dengan boros membelanjakan dana negara untuk kenduri-kendara, berpoya-poya dan pesta-pestaan seperti tidak ada hari esok.

Semua ini berlaku ketika kaum tani Perancis kebuluran dan kelaparan. Gaya hidup boros Marie Antoinette menjadi peluru untuk menyemarakkan gerakan tunjuk perasaan kaum tani yang hidup semakin dihimpit oleh tuan tanah dan kaum feudal.

Apabila dana negara kosong, Raja Louis mengenakan cukai pertanian yang menjerut leher kaum tani. Marie Antoinette pula terus berbelanja tanpa henti – menempah pakaian dan membeli intan berlian ketika ramai petani mati kelaparan.

Perangai dan kelakuan Marie Antoinette ini membantu mengundang kemarahan kaum petani. Akhirnya Revolusi Perancis meledak.

Revolusi Perancis menghapuskan sistem Raja pada 12 September 1792. Akhirnya kaum petani melalui perwakilan mereka dengan sebulat suara bersetuju agar leher Permaisuri Marie Antoinette ini dipenggal pada 16 Oktober 1793.



Evita Peron



Itu kisah di Eropah 200 tahun dahulu. Di Amerika Latin sesudah Perang Dunia Kedua kita bertemu dengan Evita Peron. Minah ranggi – pandai menyanyi dan berlakon. Si mak janda berhias ini akhirnya menjadi isteri kedua Kolonel Juan Peron.


Kononnya lawatan rasmi

Dengan berlakunya beberapa rampasan kuasa di Argentina akhirnya Juan Peron menjadi presiden Argentina pada tahun 1946. Apabila Juan Peron menjadi presiden, dengan serta merta Evita menggelarkan dirinya FLOA – First Lady of Argentina.

Dari fakta sejarah Argentina Evita dirakamkan sebagai sosok yang paling berpengaruh dalam politik Kolonel Peron. Evita amat popular. Melalui popularitinya ini, Evita berjaya merembat harta negara. Pada tahun 1947 Evita bersuka-ria di Eropah, kononnya untuk “lawatan rasmi negara”. Lawatan ini dituduh oleh musuh politik sebagai alasan untuk membuka akaun bank di Switzerland. 



Raden Ayu Siti Hartinah  




Manakala di Asia Tenggara kita bertemu dengan Raden Ayu Siti Hartinah atau Ibu Tien, isteri kedua kepada Jeneral Suharto yang merampas kuasa pada tahun 1965. Rampasan kuasa yang ditaja oleh CIA ini menyaksikan pembantaian hampir tiga juta warga Indonesia penyokong Bung Karno.

Ibu Tien juga menjadi FLOI – First Lady of Indonesia. Sejarah merakamkan bagaimana Wanita Pertama Indonesia ini cukup berpengaruh. Media Indonesia dan luar negara turut melaporkan tentang peranan Ibu Tien di belakang kuasa Jeneral Suharto.

Jeneral Haji Muhamad Suharto memerintah Indonesia dengan kejam dan ganas. Suharto membunuh lebih dari tiga juta penyokong Sukarno ketika mengukuhkan rampasan kuasa. Setelah berkuasa, ribuan warga Indonesia telah hilang lesap. Pada tahun 1975 Suharto menyerang dan menawan East Timor – tanah jajahan Portugal.

Jeneral Suharto juga memerangi gerakan pembebasan Papua Merdeka dan Gerakan Acheh Merdeka.

Ketika semua ini berlaku Radin Ayu Siti Hartinah telah bertukar menjadi Ibu Ten Percent. Apa sahaja projek di Indonesia jika ingin mendapat kelulusan wajib membayar 'duit kopi' sebanyak atau 10 peratus kepada Radin Ayu Siti Hartinah. Dikatakan, suami Wanita Pertama Indonesia ini menjadi orang terkaya di Asia. Anak beranak Jeneral Suharto beraja di mata dan bersultan di hati.



Imelda Marcos



Tidak jauh dari Jakarta ada seorang lagi Mak Janda Berhias yang menjadi First Lady. Namanya Imelda. Mak janda ini sama seperti Evita Peron, seorang bekas Ratu Cantik yang menjual badan kepada jantan-jantan yang berkuasa. Akhirnya Imelda menjadi isteri kepada Presiden Marcos – seorang diktator yang berkuasa di Filipina dari tahun 1965-1986.


Setiap hari muncul di TV

Imelda juga amat berpengaruh dalam kerajaan Marcos. Selama 20 tahun Mak Janda Berhias ini merompak dan menjarah harta negara Filipina. Marcos sama seperti Suhato yang dipelihara dan dibantu oleh CIA dan Amerika kerana dasar anti-komunis mereka.

Di zaman Marcos beratus aktivis NGO dan aktivis antidiktator hilang lesap begitu saja. Warga Filipina selama 20 tahun terpaksa berhadapan dengan kerenah dan perangai Imelda yang saban hari muncul di kaca TV dan di akhbar. Kenduri-kendara dan pesta-pestaan Imelda menjadi sebutan hingga ke hari ini.

Pada satu ketika, Imelda membuat festival filem yang dikatakan lebih hebat dan lebih glamor dari Festival Filem Cannes. Pada tahun 1986 semuanya berakhir. Berjuta-juta rakyat Filipina turun ke jalan raya menghalau dan menghambat kaum keluarga Marcos dari bumi Filipina.



Leila Ben Ali



Paling terbaru ialah seorang perempuan yang bernama Leila Ben Ali yang hanya bekerja sebagai pendandan rambut. Si Leila ini dengan licik berjaya mengahwini Zainal Abidin Ali yang merampas kuasa pada tahun 1987 untuk menjadi Presiden Tunisia.

Minah pendandan rambut ini memaksa media Tunisia memanggil dirinya FLOT – First Lady of Tunisia. Untuk membuktikan bahawa sebagai sosok yang prihatin si minah ini telah menubuh SAIDA, satu badan amal melawan barah. Melalui badan amal SAIDA ini dana negara telah disalurkan ke poket Leila. 

Kisah gaya hidup bekas pendanan rambut ini cukup menarik. Pernah dilaporkan oleh media Perancis bagaimana Si Leila menghantar sebuah pesawat khas terbang ke Selatan Perancis hanya untuk membeli aiskrim yang diminatinya.

Pada 4 Januari 2011, seorang anak muda 26 tahun bernama Mohamed Bouazizi melakukan protes dengan membakar dirinya. Inilah permulaan kepada gerakan jalan raya di Tunisia yang menamatkan 22 tahun penguasaan Leila dan Zainal Abidin.

Ketika diburu oleh rakyat, Leila dan Zainal memecah masuk ke dalam Bank Negara Tunisia dan melarikan 60 kg jongkong emas. Dua ekor penjahat ini telah melarikan diri ke Saudi Arabia.


Diburu Interpol

Kerajaan baru Tunisia menjatuhkan hukuman 35 tahun penjara kepada dua ekor suami isteri ini. Malah sehingga hari ini Interpol sedang mencari Leila dan Zainal atas tuduhan membunuh dan melarikan duit.



Sejarah Yang Di-Tong-Sampah-kan

Marie Antoinette, Evita, Imelda, Ibu Tien dan Leila semuanya telah dicampakkan ke dalam tong sampah sejarah. Selepas diporak-perandakan, negara ini kini sedang berusaha untuk pulih semula.


Sementara itu, di negara ini ...

Kisah perempuan-perempuan ini sedang berulang di hadapan mata kita. Kisah ini tidak jauh bezanya dari apa yang sedang dihadapi oleh 26 juta rakyat Malaysia sekarang.

Kisah di Malaysia juga bermula dengan seorang mak janda berhias yang merayau-rayau mencuba nasib. Akhirnya berjaya mengahwini seorang duda Lanun Bugis bernama Najib Razak.

Sebaik sahaja Lanun Bugis ini dilantik menjadi perdana menteri Malaysia – si mak janda berhias menggelarkan dirinya FLOM, walaupun dari segi protokol, First Lady of Malaysia ialah Baginda Permaisuri Agong.

Si mak janda berhias ini sedang membawa malapetaka yang maha hebat ke atas bumi Malaysia. Belum pernah terjadi dalam sejarah Tanah Melayu malapetaka sabagini.

Kita ada membaca kisah Raja Bersiong di Kedah. Raja Bersiong yang zalim disurahkan suka memakan hati dan darah anak dara. Tapi ini kisah hikayat, bukan fakta, bukan seperti yang kita rasakan hari ini.

Akhbar New York Times melaporkan tentang anak Rosmah melabur US$100 juta untuk membuat filem di Holywood – bukan RM100 juta tapi US$100 juta. Ertinya kali tiga duit ringgit.


Punca kekayaan Najib, Rosmah

Anak Rosmah yang sama juga membeli sebuah pondok yang bernilai lebih dari 110 juta ringgit di New York.

Orang ramai tertanya-tanya dari mana mamat ini dapat duit? Malah, bekas perdana menteri Mahathir Muhamad bertanya dari mana puncanya harta kekayaan Rosmah Mansor dan Najib Razak. Soalan itu hingga hari ini masih belum terjawab.

Rosmah Mansor hanya anak guru sekolah bukan Puteri Raja Saudi Arabia. Justeru, amat jelas bahawa harta kekayaan ini pastilah datang dari duit dana negara. Mustahil dari gaji Najib Razak.

Kini, hari demi demi hari bukti telah mula muncul tentang 1MDB. Syarikat 1MDB ini adalah badan pelaburan kerajaan yang dikepalai oleh Najib Razak yang juga Menteri Kewangan. Media telah melaporkan bagaimana berbilion ringgit telah lesap. Media dan laman portal telah menulis tentang RM 42 bilion hutang 1MDB yang akan menjadi hutang negara dan akan menjadi hutang rakyat.

Semua ini telah memaksa Mahathir Muhamad mengeluarkan pertanyaan – siapakah jantan Cina Jho Low yang menjadi penasihat 1MDB? Cina ini juga dikatakan berjaya merembat duit negara melalui 1MDB. Adalah juga dimaklumkan bahawa Budak Cina dari Pulau Pinang ini adalah juga kawan baik kepada anak Rosmah Mansor.

Keadaan ini juga telah memaksa Ketua Bahagian United Malays National Organisation Cheras – untuk tidak dilihat bangang – dengan lantang bersuara meminta Jho Low ini ditangkap dan dibawa pulang ke Malaysia untuk disiasat oleh SPRM.

Kisah mak janda FLOM ini bercanda-canda menggunakan jet rasmi negara bukan lagi satu rahsia. Kisah boros mak janda berhias ini mungkin juga telah sampai ke telinga bayi dalam kandungan. Marie Antoinette dikaitkan oleh sejarah dengan rantai leher intan berlian. Manakala Rosmah Mansor telah dikaitkan dengan cincin intan berlian yang berharga berjuta ringgit.

Paling akhir ialah Kenduri Tersohor Kurun ini. Mengikut Mahathir Muhamad, bekas PM ini telah mendengar bagaimana dalam kenduri perkahwinan anak janda berhias ini, harga bunga sahaja telah mencecah RM3 juta – diulangi – bukan RM3, bukan RM3 ribu, tapi RM3 juta ringgit.






No comments: