MY FOLLOWERS

Saturday, September 1, 2018

Artikel - Kereta Pra-Peperangan Ditemui di US

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News


Assalamualaikum.....

Kereta klasik pra peperangan dijumpai di Amerika Syarikat. 

Ia dikatakan dari era 1930an. Biasanya kereta klasik keluaran era 1930an, 1940an atau 1950an mendapat tempat di hati ramai orang terutamanya peminat kenderaan klasik. Ia menjadi sesuatu yang tidak ternilai, menjadi antara asas kepada sejarah automotif dan ada cerita sendiri. Ringkasnya kalaulah ia boleh bercakap, ia pasti ada anekdot yang menarik untuk disampaikan. Ia juga mempunyai nilai sentimental. 

Seorang lelaki dari Carolina Utara menemui beberapa kereta klasik era pra-peperangan ketika dia ditugaskan untuk memusnahkan bangunan lama dan memindahkan semua harta di dalamnya. David Mount, seorang kontraktor tidak menyangka akan menemui kereta-kereta ini di tempat kerjanya. 








Berdasarkan cerita di Hagerty, anak perempuan David adalah yang pertama menemui kereta ini di garaj bawah tanah. Awalnya, bahagian depan dan lampunya yang kelihatan di bawah runtuhan. Bila ia digali, sebuah kereta 1933 Plymouth ditemui. 

Penemuan itu membuatkan anak beranak itu teruja untuk meneroka lanjut barangan itu, dan ia tidak sia-sia. Mereka berjaya menemui sekitar 10 buah kereta dan juga beberapa trak. Yang paling jelas, penemuan sebuah kereta yang tidak diketahui dengan binaan chasis Ford keluaran 1930an, dengan Flathead V8 dan sebuah kereta saloon 1939 Chevrolet Master Deluxe. 

Untungnya, pemilik hartanah itu tidak berminat untuk menyimpan kereta klasik, jadi anak beranak ini telah mengambilnya. Mount menjelaskan ada sebahagian kereta ini terlalu uzur untuk diselamatkan, manakala sebahagian lagi mungkin boleh diperbaiki. 

Buat masa ini, dua daripadanya masih belum dapat dikenalpasti.


Kereta tertimbus dalam tanah: KLIK SINI  |    


No comments: