MY FOLLOWERS

Sunday, January 22, 2017

Artikel - 5 Tanda Yang Kawan Anda Memang Macam Toksik

Kredit kepada: Yahoo Finance
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....
 


Bila disebut 'bertoksik', dalam hal ini bukanlah bermaksud kawan anda itu jenis pengotor atau kotor secara fizikal. Sebaliknya lebih dilihat secara analogi atau metafora sahaja. Maksudnya ibarat toksik atau kuman.

Dalam kehidupan seharian, kita akan berjumpa dengan ramai orang, bermacam rupa dan perangai. Bila sudah kenal lebih dekat, barulah akan tahu selok-belok tentang diri orang itu. Pada masa itu, tahulah kita dia ini jenis pijak semut pun tak mati, lurus, penyangak, atau boleh jadi apa sahaja yang tidak betul.

Toksik ialah bahan beracun, yang akan menyusahkan kita dan kalau tersilap terhidu atau termakan, boleh menyebabkan kematian. Kalau tahu sahaja ada, memang tiada siapa pun mahu simpan, masing-masing mahu buang.

Yang penting ialah kita kena tahu siapa di kalangan kawan kita yang termasuk dalam jenis toksik. Mereka yang suka jatuhkan orang dan memberikan kesengsaraan pada orang lain. Bila sudah tahu, kita sudah boleh mula jauhkan diri daripadanya beserta dengan segala tenaga negatif yang dibawa bersamanya. Hati pun lebih senang, tekanan pun akan beransur kurang.


Jadi, di sini disenaraikan tanda-tanda kawan anda itu macam toksik...



1. Kawan jenis toksik akan merungut tentang semua benda dan semua orang
Dia menjadi orang yang mula-mula sekali salahkan orang. Tidak kiralah apa halnya, makanan di pantri tidak cukup, hampir jatuh atas lantai yang baru dimop, atau terpaksa buat kerja banyak beberapa hari berturut-turut. Mungkin ada yang akan tertanya apa salah dirinya bila disalahkan oleh manusia jenis sebegini. Walhal bukan salah kita pun. Macamlah dia sahaja yang betul.


2. Dia suka menjadi yang pertama dalam hidup orang
Suka betul mengganggu dan cuba mengawal hidup orang lain. Suka meletakkan orang lain dalam kesusahan terutama kalau kawan lain sudah ada perancangan lain untuk dibuat. Mudah naik angin kalau dirinya tidak diberi keutamaan.



3. Suka mengkritik orang lain
Suka mengkritik orang lain setiap masa, mencari apa sahaja kesalahan orang untuk diperkatakan. Semuanya untuk membuat orang lain kelihatan seakan kecil dan tidak penting.

Bukannya semua orang sempurna. Kita semua ini manusia dan selalu membuat kesilapan. Kawan jenis toksik akan selalu serang orang lain pada kesalahannya dan hebahkan pada semua orang yang anda seorang yang teruk, macamlah anda melakukan jenayah! Kalau anda bukan penjenayah pun, dia polis ke??

Kalau jumpa perangai sebegini, jangan sesekali biarkan dia cuba tindas anda.  




4. Suka permainkan perasaan/emosi orang
Suka remukkan perasaan orang, dia seorang yang sadis. Dia mungkin berasa puas hati kalau orang lain terkena masalah dan berterusan membuat pelbagai provokasi dan membuat orang lain menjadi haru-biru, ibarat balas dendam. Dia akan membuat apa sahaja untuk kenakan orang lain.

Kalau anda ada kawan jenis ini yang suka seksa anda dengan taktiknya semata-mata sebab dia gembira melihat anda kecewa dengan tindakan dan kata-katanya, maka inilah masa anda selamatkan diri dan berhenti ambil tahu dengan manusia berperangai setan ini. Tiada siapa pun di dunia ini suka dipermainkan.



5. Ada yang suka perah duit orang
Dalam hal ini, anda kena ada batas. Jangan biarkan telinga anda asyik dengar bermacam alasannya untuk minta pinjam barang atau duit. Anda bukan mesin ATM kepunyaannya. Kalau pinjam, bukan main susah untuk pulangkan semula. Lagi teruk kalau ada jenis yang minta duit macam subsidi.



Tak suka dengan kawan yang penuh beracun:  SINI  |   


No comments: