Kredit kepada: owner, SSV, Souq
Gambar ihsan: owner, SSV, Souq
Throwback 2018
Karnival anjuran Souq Ideas and Marketing kembali lagi.
Karnival Discovery World bertempat di bangunan TD1303 berdekatan restoran Chicken Cottage pada 26.10.2018 hingga 6.11.2018.
Sesi persekolahan yang hampir berakhir membuatkan karnival kali ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.
Karnival kali ini mendapat kunjungan daripada banyak sekolah dan prasekolah serta mereka yang datang sendiri bersama keluarga, sekitar negeri Terengganu.
Pertunjukan maskot Spongebob, Olaf, Frozen dan Minion
Penceramah popular UAI juga hadir bersama isteri dan anak-anak
Pertunjukan fesyen kanak-kanak
Pameran oleh Jabatan Taman Laut Malaysia
Peluang merasai pengalaman diusik dan disakat menerusi segmen Rumah Hantu
Zootoopia juga menerima kunjungan ramai yang ingin mengenali beberapa spesis haiwan peliharaan dengan lebih dekat. Antaranya burung kakak tua, spesis biawak dan cicak, katak pacman, spesis ular sawa, labah-labah, kala jengking, landak, tikus hamster, kucing dan arnab.
Conteng-conteng muka di booth Face Painting
Segmen Kerjaya Cilik - kanak-kanak berpeluang menjadi doktor gigi, pekebun, atau juruelektrik
Rasai pengalaman menyeronokkan dengan permainan video PS4. Pengunjung berpeluang mencuba permainan Rush of Blood, UFC, bola sepak Fifa, Injustice, atau Shark Attack
Permainan kaki hantu
Belajar membuat kek di segmen Bakery
Permainan Sand Art
Segmen mencanting batik
House of Balloon
Di karnival kali ini, pengunjung berpeluang untuk merasai pengalaman bermain permainan tradisional dahulu kala seperti congkak, susun bongkah, kaki hantu, baling tin, gelek rim basikal, lari dalam guni, dam haji gergasi, radio buruk, batu seremban, timbang tudung botol, gasing, dan terompah gergasi.
Segmen lain boleh dicuba ialah Rumah Hantu dan permainan Ninja Warrior.
Beberapa slot berkaitan kerjaya disediakan untuk anak-anak seperti kek dan pastri, membuat keropok lekor, berkebun, doktor gigi, kontraktor cilik dan juruelektrik.
Pihak penganjur juga menjemput pihak Jabatan Taman Laut Malaysia bagi membuat pameran berkaitan penyu dan Zootoopia bagi memberikan pendedahan berkaitan haiwan peliharaab yang menyediakan banyak info menarik selain beramah mesra dengan haiwan yang ada.
Permainan berbayar juga disediakan iaitu mencanting batik, face-painting, PS4 dan memanah.
Karnival ini dibuka kepada pengunjung sepanjang hari pameran dari jam 10 pagi hingga 10 malam.
No comments:
Post a Comment