Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images
Gambar ihsan: Google Images
Assalamualaikum.....
Dua orang termasuk penembak didapati mati dan seorang lagi cedera dalam satu kejadian tembak-menembak di pasaraya Wal-Mart di Grand Forks, North Dakota pada Selasa lalu. Polis tidak memberikan maklumat lanjut berkenaan kejadian itu sama ada mengenai penembak mahupun mangsa. Grand Forks Air Force Base mengeluarkan kenyataan menyatakan tentera udaranya terlibat dalam kejadian itu namun tidak memberikan maklumat lanjut. Menurut Lt. Derik Zimmel, penembak berkenaan satu-satunya yang bersenjata dan tiada seorang pun polis melepaskan tembakan.
"Kita tidak percaya adanya risiko lanjut kepada orang awam," kata Zimmel. Beliau tidak akan menyatakan lebih lanjut jika penembak itu menembak dirinya dan tidak memberi maklumat lanjut tentang apakah punca kematian penembak berkenaan.
Seorang lagi dibawa ke hospital dengan kecederaan tembakan yang tidak mengancam nyawa. Hospital Altru di Grand Forks dalam kenyataannya menyebut keadaan mangsa adalah sangat memuaskan. Pegawai bertugas bertindak atas laporan tembakan beberapa minit selepas jam 1.00 pagi.
Andy Legg, yang berada dalam pasaraya itu ketika kejadian memberitahu WDAZ-TV yang dia terdengar bunyi tembakan sebelum pihak berkuasa menyelamatkannya dan pelanggan lain ke kawasan selamat dalam pasaraya itu.
"Saya nampak orang berlari. Ketika itu kami terdengar pekikan dan jeritan minta tolong," katanya.
Apabila polis mengeluarkannya dari bangunan itu, mereka melepasi pekerja Wal-Mart yang terbaring atas lantai dalam keadaan berdarah. Pasukan SWAT yang tiba di tempat kejadian memeriksa kenderaan di tempat letak kenderaan tetapi tidak menemui sebarang ancaman.
Pasaraya Wal-Mart ini satu daripada dua buah di timur laut North Dakota dengan penduduk seramai 55,000 orang. Pasaraya ini dibuka 24 jam dan ditutup pada Selasa lalu ekoran kejadian ini sementara pihak berkuasa melakukan siasatan. Pihak syarikat berkata mereka tidak pasti lagi bila ia akan dibuka semula.
"Kami sangat sedih dengan situasi ini dan ingatan dan doa kami untuk mangsa dan keluarga mereka. Kami masih berusaha mendapatkan maklumat berkenaan tragedi ini dan membantu pihak berkuasa dalam siasatan mereka." kata pihak syarikat dalam satu kenyataannya.
Jurucakap Wal-Mart, Brian Nick berkata terdapat sekitar 30 pekerja dan 20 pelanggan dalam pasaraya itu ketika kejadian dan tidak ramai ketika sebelah pagi.
Terdapat sekitar 1500 tentera udara bertugas di Grand Forks Air Force Base, yang terletak 20 batu ke barat bandar itu merupakan pusat bagi pesawat isian minyak selama 50 tahun sehingga ia ditutup. Pesawat terakhir meninggalkan tapak ini pada 2011 lalu dan menjalankan misi pesawat tanpa pemandu.
Sumber tembak tubi-tubi: SINI |

No comments:
Post a Comment