Kredit kepada: Wiki, Watch Series
Gambar ihsan: Google Images
Gambar ihsan: Google Images
Assalamualaikum.....
Continuum ialah satu siri drama sains fiksyen dari Kanada ciptaan Simon Barry dan diterbitkan oleh Reunion Pictures Inc., Boy Meets Girl Film Company, dan GK-TV.
Siri bertumpu pada konflik antara pemberontak dari tahun 2077 yang mengembara masa ke Vancouver pada 2012, dan pihak polis tanpa sengaja telah membantu mereka. Walaupun tiba beberapa tahun lebih awal, kumpulan pemberontak ini meneruskan juga misi keganasan mereka untuk menghentikan syarikat masa depan daripada menggantikan kerajaan sementara polis berusaha menghalang mereka tanpa mendedahkan bahawa mereka adalah dari masa depan.
Siri ini memulakan siaran pada Mei 2012 untuk musim pertama sebanyak 10 episod diikuti musim kedua pada April 2013 dengan 13 episod dan pada Mac 2014 di saluran Showcase dan Syfy untuk musim ketiga.
Plot
Pegawai polis City Protective Services (CPS) Kiera Cameron (Rachel Nichols) melalui kehidupan yang aman dan normal bersama suami dan anaknya di Vancouver pada 2077. Di bawah seliaan korporat dan pihak kongres bersifat korporat, hidup diteruskan secara aman dalam negeri polis yang mempunyai sistem pengawasan berteknologi tinggi.
Apabila sekumpulan yang menggelarkan diri mereka pejuang keamanan dikenali sebagai "Liber8" melepaskan diri daripada hukuman mati dengan merentas masa ke 2012, Kiera tanpa sengaja turut dibawa ke sana bersama pemberontak itu. Detektif Carlos Fonnegra (Victor Webster) dan Jabatan Polis Vancouver dengan bantuan pakar komputer Alec Sadler (Erik Knudsen), Kiera berusaha menjejaki dan menghalang Edouard Kagame (Tony Amendola) dan pengikutnya di masa kini tanpa membocorkan identitinya.
Kagame dan ahli Liber8 merancang mengubah masa lalu bagi menghalang kebangkitan apa yang disifatkan sebagai diktator dan rejim Orwellian corporate. Sementara itu, Kiera tahu Alec Sadler akan menjadi ahli korporat dan ketua di SadTech, salah satu syarikat korporat yang berkuasa pada 2077.Sambil berjuang untuk kembali ke pangkuan keluarganya, Kiera menemui dirinya pada 2012, dan juga ahli Liber8 tanpa disengajakan.
Membariskan Rachel Nichols, Victor Webster, Erik Knudsen, Stephen Lobo, Roger Cross, Lexa Doig, Tony Amendola, Omari Newton, Luvia Petersen, Jennifer Spence, dan Brian Markinson

No comments:
Post a Comment