MY FOLLOWERS

Monday, June 1, 2015

Kesihatan - 6 Cara Selamat Dari Serangan Asma Tanpa Inhaler

Kredit kepada: Yahoo SG
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....



Jika anda mengidap asma, perkara wajib ada bersama ialah penyedut atau inhaler. Namun ada masa anda akan cuai dan tertinggal alat ini. Jika berlaku serangan ketika itu, apa yang anda boleh buat?

"Kebaikan selalu membawa ubat kecemasan sukar ditentukan," kata Professor Bersekutu Loo Chian Min, Ketua dan Perunding Senior di Jabatan Respiratori dan Perubatan Kritikal di Singapore General Hospital (SGH), ahli kumpulan SingHealth. "Adalah sangat penting untuk membawanya ke mana sahaja anda pergi."

Serangan asma berlaku apabila laluan udara (tiub bronkial) dalam peparu mengalami keradangan dan dihalang oleh mukus yang akan menyukarkan pernafasan. Dada akan menjadi sempit dan peparu mengeluarkan bunyi berdehit. Terdapat banyak perkara yang boleh mencetuskan penyakit ini pada pesakit seperti pencemaran udara, pendedahan kepada habuk, asap rokok, haiwan peliharaan, penggunaan fizikal mahupun ledakan emosi.



Simptom serangan asma

Serangan asma boleh jadi peringkat ringan atau teruk. Maka kenalah berwaspada dengan simptom umum seperti kesukaran bernafas, bunyi berdehit, dada terasa sempit/sesak dan batuk-batuk.

Jika di peringkat teruk, peningkatan nadi secara mendadak, batuk yang teruk, kuku dan bibir menjadi kebiruan, maka segeralah dapatkan rawatan. Ada 6 perkara perlu dilakukan jika diserang ketika ketiadaan penyedut/inhaler.

"Sekali pun anda rasakan keadaan anda sudah semakin pulih, jangan sesekali tinggalkan penyedut ini," kata A/Prof Loo. Rawatan asma perlu dilakukan secara konsisten dan diuruskan sebaiknya pada setiap masa. Nyawa anda begitu bergantung kepadanya. Jika anda diserang ketika tidak membawanya pada waktu tidak dijangka, anda boleh cuba teknik ini:
  • Duduk tegak. Berhenti lakukan semua aktiviti. Membongkokkan badan atau berbaring boleh menyekat saluran pernafasan. 
  • Tarik nafas dalam-dalam. Ini membantu memperlahankan pernafasan dan menghalang hyperventilation. Tarik nafas ikut hidung, hembus ikut mulut.
  • Bertenang. Membantu menghalang masalah ketegangan pada otot dada dan memudahkan pernafasan. 
  • Mengelakkan diri daripada pencetus. Serangan boleh berpunca daripada habuk, asap rokok, bauan kimia seperti ammonia, gas klorin, sulfur dioksida. Elakkan daripada melalui kawasan itu secepat mungkin dan pergi ke kawasan berhawa dingin atau bersih.  
  • Minum minuman panas. Seperti kopi akan membantu membuka sedikit laluan udara dan akan melegakan buat sejam atau dua jam.
  • Dapatkan rawatan kecemasan. Jika nafas berdehit, batuk atau sukar bernafas masih belum surut selepas berehat seketika, segera dapatkan rawatan.



Rawatan asma

Doktor merawat asma menggunakan kombinasi ubat kelegaan cepat dan jangka panjang beserta ubat bagi merawat asma yang disebabkan alahan. Ubat jangka panjang merangkumi corticosteroid yang disedut untuk mengurangkan keradangan tiub bronkial, bronchodilator  untuk membuka laluan udara dan pengubah leukotriene untuk mengurangkan keradangan pada laluan udara dan penghasilan mukus.


Ubat kelegaan cepat telah dipreskripsikan untuk menghadapi serangan asma. Ubat jenis disedut ini seperti ipratropium (Atrovent) dan albuterol. Ia membantu merehatkan otot pada laluan udara buat sementara bagi memudahkan pernafasan. Penyedut/inhaler asma merupakan alat mudahalih bagi penghidap asma dan ia menyalurkan ubat terus ke peparu untuk kelegaan cepat ketika serangan asma mengejut.

"Walaupun sudah pulih, teruskan berjumpa doktor. Serangan asma menandakan penyakit anda tidak terkawal. Anda mungkin memerlukan ubat yang lebih kuat bagi keadaan yang teruk." kata A/Prof Loo.   



Sumber sedut:  SINI  | 



No comments: