Kredit kepada: Blog nissaonisaa
Gambar ihsan: Google Images
Assalamualaikum...
Antara tanggungjawab penting suami perlu tahu dan pelajari ialah menanam uri.
MENANAM URI ANAK
Uri atau dikenali sebagai placenta, dan juga disebut tembuni. Uri jangan dibuang atau ditinggalkan di hospital. Uri adalah teman
rapat/kembar bayi semasa didalam kandungan dan uri amat penting kepada
bayi. Uri perlu ditanam dengan segera bagi mengelakkan uri busuk.
Jangan disimpan uri hingga dua tiga hari baru dibasuh. Orang tua kata
tidak elok. Kalau boleh, cepat-cepat basuh. Contohnya, kalau dapat uri
pagi, petang dah tanam. Simpan di peti ais beku jika tak sempat basuh
uri tersebut pada hari yang sama/segera. Uri perlu diuruskan dengan
baik. Jangan mengikut kepercayaan karut-marut masyarakat Melayu yang
diwarisi turun-temurun. Semoga, kita dapat menghindarkan diri daripada
amalan khurafat ini, yang dibimbangi boleh menjejaskan akidah kita tanpa
sedar.
Cara menguruskan uri
- Mulakan dengan baca Bismillahirahmannirrahim.
- Cuci bersih-bersih hilangkan darah-darah. Jangan guna sabun/shampoo.
- Bilas dengan air bersih sambil berselawat dan doa yang baik-baik (Untuk pastikan uri tersebut bersih dan suci)
- Cuci uri dengan garam. Lumurkan garam dan cuci bersih-bersih.
- Cuci uri dengan asam jawa. Lumurkan asam jawa dan cuci bersih-bersih. (Untuk hilangkan bau hanyir darah)
- Perahkan 4 biji limau ke atas uri hingga naik bau limau dan untuk harumkan uri.
- Letakkan dalam plastik/bekas mudah reput seperti plastic tesco/kotak mudah reput, letak garam kasar dan asam keping. Ikat seperti sup bunjut.
- Letak dalam kain putih dan ikat kemas-kemas seperti sup bunjut.
- Gali tanah sedalam mungkin, agak-agak tidak dibau/dikesan dan dikorek anjing atau binatang –binatang lain.
- Baca Bismillahirahmannirrahim dan selawat semasa letakkan uri dalam dalam dan timbus.
- Tanam di tempat yang bersih dan selamat. Contohnya perkarangan surau/masjid.
- Letak batu sebagai tanda bagi memastikan tidak digali oleh anjing dan haiwan lain.
- Jangan di letak lilin dan barangan sebagainya yang boleh mendatangkan syirik dan khurafat.
Hukum menanam uri adalah HARUS. (JAKIM)
- Uri tersebut perlu dibasuh dan ditanam di dalam tanah supaya ia tidak dimakan oleh haiwan.
- Uri orang-orang Islam adalah suci dan dengan itu tidak boleh dibakar atau dijual. Mana-mana orang Islam yang melahirkan anak di hospital dikehendaki membawa balik uri-uri itu untuk ditanam di tempat masing-masing
- Amalan menanam uri bayi dengan lada hitam, paku, pensil dan sebagainya adalah amalan khurafat.
KLIK SINI untuk ke sumber.
No comments:
Post a Comment