MY FOLLOWERS

Thursday, June 11, 2015

Kesihatan - Risiko Pakai Kanta Lekap

Kredit kepada: Yahoo SG
Gambar ihsan: Google Images

 

Assalamualaikum.....


Baik pakai cermin mata... hehehehe

 



Kanta lekap mungkin meningkatkan risiko jangkitan mata dengan mengubah keadaan bakteria yang hidup pada bola mata sebagaimana dinyatakan oleh pengkaji.

Pengkaji menemui lensa ternyata berupaya memindahkan pepijat dari kulit kepada mata, menjejaskan ekosistem bakteria dan mencetuskan jangkitan dan inflamasi. Ketua saintis Dr Maria Gloria Dominguez-Bello, dari NYU Langone Medical Centre di bandaraya New York menyatakan kajiannya jelas menunjukkan meletakkan objek asing seperti kanta lekap pada mata bukanlah satu tindakan yang neutral.

"Penemuan ini sepatutnya membantu saintis untuk lebih memahami masalah jangka panjang kenapa pemakai kanta lekap lebih mudah terdedah kepada jangkitan mata berbanding yang tidak memakai." katanya.

Pengkaji mengambil beratus-ratus bahan uji daripada pelbagai bahagian mata daripada 9 orang pemakai kanta lekap dan 11 peserta yang tidak memakainya. Hasilnya mereka mendapati daripada 2 kumpulan ini bahawa permukaan mata atau konjunktiva menyimpan lebih banyak bakteria daripada kulit di bawah mata. 3 jenis bakteria iaitu Methylobacterium, Lactobacillus, Acinetobacter dan Pseudomonas, dikenalpasti 3 kali lebih daripada kadar biasa, ada pada bola mata pemakainya. Ekosistem mikrobial atau "microbiome", yang ada pada mata pemakai.


Dr Dominguez-Bello berkata "Kami berharap ujikaji di masa hadapan akan menunjukkan sama ada perubahan ini yang ada pada microbiome mata pemakai adalah disebabkan jari yang menyentuh mata atau tekanan terus dari lensa yang memberi kesan dan mengubah sistem imun dalam mata dan apakah bakteria yang disekat atau yang dapat membiak."

Penemuan ini dibentangkan di mesyuarat tahunan American Society for Microbiology di New Orleans.

Professor Jack Dodick, ketua bahagian optalmologi di NYU Langone berkata "Terdapat peningkatan terhadap kanser kornea yang tersebar luas berikutan kanta lekap jenis lembut yang diperkenalkan pada 1970an. Sejenis patogen termasuklah Pseudomonas. Kajian ini mencadangkan disebabkan organisma yang menentang datangnya dari kulit, perhatian serius perlu diberikan pada kelopak mata dan kebersihan tangan yang mengendalikannya bagi mengurangkan berlakunya insiden."

Dianggarkan 5,245 bakteria berbeza dan subjenisnya dikenalpasti dalam mata pemakai dan 5,592 bakteria dalam mata bukan pemakai. Namun yang mengejutkan ialah kajian menunjukkan terdapat lebih banyak bakteria Staphylococcus yang dikaitkan dengan jangkitan mata dan lebih ketara pada kulit terdapat pada mata bukan pemakai kanta lekap. Saintis setakat ini belum lagi dapat memberikan penjelasan lanjut berkenaan keputusan ini.





Yang sakit mata:  SINI  |  





No comments: