MY FOLLOWERS

Monday, June 8, 2015

Jalan-jalan Cari Makan - Steamboat Pulau Duyung

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owner


Assalamualaikum......


Satu lagi destinasi makanan laut di Terengganu. Untuk sampai ke restoran ini, jika anda datang dari arah bandar Kuala Terengganu, anda perlu melalui jambatan Sultan Mahmud sebelum turun ke laluan ke bawah jambatan berkenaan dan membelok ke kanan. Dari situ, anda perlu melalui kawasan penempatan dan blok pangsapuri kos rendah di hadapan Ri-Yaz Heritage di Pulau Duyung, Kuala Terengganu. Di sekitar restoran ini juga terdapat jeti untuk kapal dan bot, kemudahan tandas awam serta lot-lot kedai. Perjalanan mengambil masa sekitar 15 minit sahaja dari bandar Kuala Terengganu.


Menghadap sungai Terengganu. Di seberang ialah kawasan restoran di Pulau Kambing, berdekatan dengan hotel Felda Residence, Kuala Terengganu.


Di bahagian menghadap ke laut. 
Siap dengan kemudahan tandas awam dan jeti untuk kapal dan bot.


Selain masakan panas, terdapat juga menu makanan laut seperti steamboat dan ikan bakar. Harga ikan adalah bergantung kepada harga pasaran semasa dan jenis ikan. Harga bagi steamboat untuk hidangan sekeluarga sekitar 13 orang juga bawah RM100.00. 


Memasak sendiri hidangan menggunakan dapur kecil yang disediakan







Siap untuk dimakan!
 

Menunggu dengan penuh kesabaran... dan kelaparan :-)

 
Antara bahan yang terdapat dalam steamboat ini ialah potongan daging serta ayam, sotong, udang, bebola ikan, kepingan ikan (fish cake), mee segera serta sayuran disertakan sos pencicah dan kuah tom yam. Diberikan secara mentah, pelanggan perlu memasak sendiri di atas dapur kecil yang disediakan. Buat anda yang ingin berkunjung ke Terengganu, bolehlah dikatakan ini sebagai salah satu destinasi cadangan yang boleh dilawati dan pastinya satu pengalaman menarik buat anda.



No comments: