MY FOLLOWERS

Thursday, June 11, 2015

Jalan-jalan Cari Makan - Som Tum Betik dan Mempelam

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owner



Assalamualaikum......

Untuk pengetahuan semua, ini bukanlah rojak atau sayur campur. Makanan ini dipanggil Som Tum, makanan Thai. Saya membelinya di sebuah warung berdekatan kampung saya di sini. Peniaga di gerai berkenaan seorang makcik beragama Islam berasal dari Pattani, Thailand. Bertutur loghat Terengganu seperti biasa. 
 



Som Tum ini boleh didapati dalam dua jenis iaitu Som Tum Betik dan Som Tum Mempelam. Rasanya masam-masam manis. Antara bahan yang terdapat dalam satu hidangannya ialah hirisan betik atau mempelam, kekacang, hirisan tomato, kacang panjang yang dipotong kecil, sedikit manisan, perahan limau nipis dan juga sedikit cili. Sekadar pendapat, sesuai dimakan sewaktu tengahari atau petang sebagaimana goreng pisang atau mihun sup.

Dijual pada harga berpatutan. RM2.50 untuk sepinggan Som Tum Betik dan RM3.00 untuk sepinggan Som Tum Mempelam.

Selain hidangan ini, terdapat juga hidangan nasi air, mihun sup serta minuman dijual di warung berkenaan.

No comments: