MY FOLLOWERS

Monday, June 8, 2015

Artikel - Sistem 'Rotary Parking' Memudahkan Pemandu

Kredit kepada: Teganukita
Gambar ihsan: Owner
 

Assalamualaikum....

Sistem parkir ini adalah alternatif kepada semua pemandu kenderaan untuk meletakkan kenderaan yang lebih menjimatkan ruang dan keselamatan kenderaan lebih terjamin. Sistem ini terletak di Jalan Batas Baru, Kuala Terengganu, adalah yang pertama di negeri ini dan di Malaysia. Berbeza dengan parkir kenderaan biasa ataupun di dalam bangunan bertingkat yang mempunyai ruang laluan agak terhad, sistem ini memberikan kelebihan lain seperti mudah, menjimatkan masa serta ruang.


 


Menteri Besar Terengganu sebelum ini, Dato' Seri Ahmad Said berkata, hanya London dan Tokyo sahaja yang menggunakan Rotary Type seumpama itu dalam usaha menjimatkan penggunaan kawasan serta keselamatan kenderaan lebih terjamin. 




Sistem yang berkonsepkan 'merry-go-round' ini terdiri daripada 3 blok. Setiap blok terdiri daripada 8 set yang dilabelkan A hingga H, setiap set mempunyai 10 petak (dilabelkan dengan nombor 1 hingga 10) menjadikannya mempunyai 240 parkir (8 x 3 x 10 = 240).

Apabila meletakkan kenderaan di kawasan parkir ini, setiap pemandu akan dimaklumkan nombor petak kenderaan mereka di atas tiket yang diterima sewaktu masuk ke kawasan parkir ini oleh pekerja yang bertugas. Contoh: B-6, D-9, dan seumpamanya. Selesai urusan dan ingin mengambil kenderaan, pemandu perlu menekan nombor petak pada paparan seperti kalkulator (lihat gambar) dan tekan OK. Sistem akan berputar dan 'memulangkan' kenderaan anda.  





Parkir biasa atas tanah dikenakan bayaran RM1.00 sejam pertama dan RM1.00 untuk setiap jam berikutnya. Bagi parkir rotary automatik ini, setiap pemandu dikenakan bayaran RM2.50 sejam pertama dan RM1.00 untuk setiap jam berikutnya.







 

No comments: