Kredit kepada: Wikihow
Gambar ihsan: Google Images
Gambar ihsan: Google Images
Assalamualaikum.....
Berasa tertekan setelah seharian bekerja? Tertekan dengan banyak kertas kerja sampai otak jadi serabut? Terasa aura kemarahan dan kegeraman menyirap dan menyentap-nyentap sampai ke pangkal otak? Usah risau, boleh cuba kaedah seni beladiri.
Pakar psikologi menemui kaitan positif antara berlatih seni beladiri tradisional dengan paras penentangan, keagresifan dan ketinggian paras harga diri dan pandangan yang positif berbanding sukan yang lain. Mengurangkan stres dan belajar mengawal diri secara fizikal dan mental merupakan kelebihan yang ditawarkan melalui seni beladiri.

1: Memilih seni beladiri untuk dicuba
Mana hendak mula? Banyak kelab seni beladiri yang ada sekarang ini. Anda boleh tanya jiran-jiran atau kawan-kawan anda manakah yang anda rasa sesuai. Anda juga boleh luangkan sedikit masa dengan mencari info yang anda perlukan sama ada dalam majalah-majalah di pasaran atau di laman web. Cari info tentang beza antara jenis seni tersebut dan falsafah yang dibawanya. Yang penting, fokus pada seni tradisional kerana kajian telah menunjukkan kelebihannya dan mengurangkan kadar tentangan hasil daripada penyertaan dalam seni tradisional. Jika anda ada peluang, cubalah dahulu beberapa jenis di kelab berlainan untuk mendapatkan kesesuaian yang anda cari. Pilihlah yang terbaik. Tetapkan pendirian pada seni yang boleh membantu anda mengurangkan stres yang terbaik. Semuanya terpulang pada anda. Antara yang anda boleh pertimbangkan sebelum pilih:
Berciri keras dan lembut - Ciri keras seperti serangan/striking dan pertahanan/blocking dengan pelbagai kombinasi. Sesetengahnya bertumpu pada kelajuan dan ketepatan manakala yang lain tumpu pada kuasa dan kekuatan. Latihan seni berciri keras lebih statik atau dengan sasaran tidak bergerak. Contoh: kickboxing, tinju, karate, taekwondo. Ciri lembut melatih gelutan dan lontaran. Contoh: Aikido, jiu jisu. Sesetengahnya melatih menerima serangan dan selebihnya seperti gusti. Latihan ciri lembut melibatkan kerjasama dengan rakan.
Bercirikan budaya - Seni tradisional dikatakan tradisional kerana ia diturunkan dan melalui sesetengah budaya. Seni beladiri Jepun menjadi popular dengan budaya kita kerana ia juga diperkenalkan dalam filem dan drama tetapi tidak eksklusif. Seni dari China mempunyai ciri tersendiri dan menarik seperti juga seni Korea, Filipina dan seni dari Eropah. Budaya berbeza menekankan pada aspek latihan berbeza dan perspektif berbeza mengenai makna menjadi insan yang baik.
Pilih kelas yang spesifik - Setiap seni mentafsirkan tradisi mereka mengikut dari mana mereka datang. Sesetengahnya agak kompetetif dan menggalakkan kemajuan melalui tekanan. Manakala yang lain melalui sokongan dan belas ihsan daripada kesilapan yang dibuat. Ada beza antara interpretasi kepada teknik sebenar kerana bukan semua aspek dapat diajar sama rata. Ada lebih dan ada yang kurang.
Melawat ke kelas - Anda tidak akan tahu jika anda sudah sertai kelas yang betul sehingga anda rasai sendiri latihannya. Ada yang jemput sekadar untuk lihat dan ada sesetengahnya mengajak anda untuk turut sama mencuba tekniknya. Pilihan di tangan anda sama ada mahu sertai mereka atau duduk di tepi gelanggang sekadar melihat dan perlu ingat, hormatilah kelas mereka. Jika anda sertai mereka sebagai pelawat, jadilah sederhana sahaja dan tidak perlu menonjol. Yang lain adalah senior. Anggaplah semua teknik mereka itu betul bila mereka menerangkannya. Jika anda rasa teknik itu salah sehingga ia mencederakan anda dan yang lain, abaikan sahaja dan jangan lakukan teknik berkenaan. Tidak perlu betulkan mereka, tetapi anda boleh tanya yang lebih senior untuk lebih lanjut. Kata sahaja anda tidak faham.

2: Beberapa jenis seni beladiri
Seni berciri lembut:
Aikido (Jepun) - Pengasasnya (Morihei Ueshiba) menyifatkan seni ini sebagai kaedah menukar konflik kkepada harmoni. Latihannya fokus kepada menerima serangan daripada lawan dan menukarkan tenaga yang diterima kepada lontaran atau jatuhan. Kunci sendi/joint locks digunakan. Sekolah aikido tidak bermaksud sebagai latihan kombat. Sebaliknya sebagai metafora falsafah untuk satu cara hidup. Beberapa sekolah aikido terawal yang diasaskan menggunakan aikido sebagai latihan kombat. Antaranya kelab-kelab Yoshinkai yang banyak digunakan oleh pasukan polis di Jepun.
Judo (Jepun) - Seni beladiri ini adalah terbitan daripada Jujitsu. Ia lebih bercirikan sukan manakala Jiujitsu adalah versi kombat. Ia mengajar pelatih melontar, menjatuhkan lawan dan menguncikannya dalam bentuk "clinch". Latihan adalah bersama rakan sebagai lawan secara latih tubi. Kunci sendi dan cara cekikan diajar pada tahap yang lebih tinggi.
Tai Chi (China) - Seni ini adalah bercampur dengan elemen keras dan lembut tetapi ia lebih dikenali kerana elemen lembutnya. Tai Chi yang asas adalah secara latihan dalaman kepada latihan berkuasa penuh. Ramai yang sukakan latihan dalaman sehingga melupakan yang sebenar. Latihan berkuasa penuh adalah kombat.
Jujitsu (Brazil) - Walaupun ia berasal dari Jepun, tetapi ia telah melahirkan ramai pakar dengan kemahiran yang hebat dengan sedikit ubahsuai kepada tekniknya. Latihannya serupa dengan Judo tetapi budaya seninya lebih agresif dan pelatih akan belajar kuncian sendi dan cekikan lebih awal.
Gusti (Greek) - Sukan ini popular di sekolah atlet di Eropah dan negara keturunannya.

Seni berciri keras:
Tinju (Amerika) - Sukan ini bukan latihan kombat disebabkan teknik yang digunakan adalah begitu terhad. Namun tiada cara sebaiknya untuk membina daya tahan dan kekuatan selain daripada yang ini. Tahu apa yang boleh mencederakan anda adalah satu kelebihan.
Karate (Okinawa) - Walaupun Okinawa menjadi sebahagian daripada Jepun lama dahulu, mereka ada budaya yang jelas dan karate mula diasaskan bagi menangkis serangan tentera Jepun yang datang. Ini menjadi asas teknik kombat kepada revolusioner rahsia. Ia menggunakan teknik tangan kosong dan kombat menggunakan alatan pertanian contohnya tonfa, bo, nunchaku dan sai. Karate versi tradisional mengandungi elemen keras dan lembut tetapi banyak sekolahnya (dojo) mengecilkan atau meninggalkan bahagian lembut ini. Fokusnya banyak kepada Kata (memorized forms). Versi sukan yang banyak dipertandingkan bertumpu kepada acara kata dan tempur sukan kumite untuk memungut mata.
Kung Fu (China) - Ini adalah bentuk kombat yang diasaskan oleh sami Buddha. Ia memakan masa yang lama untuk berlatih. Disebabkan itu, ada teknik yang sukar untuk dipelajari. Namun ia begitu berkesan apabila digunakan. Disebabkan asalnya daripada pencarian sami Buddha ini dalam mencari penyedaran, maka terdapat fokus yang lebih berat dalam aspek kehidupan secara menyeluruh tidak terhad kepada teknik seni beladiri sahaja.
Taekwondo (Korea) - Seni ini menjadi sukan nasional di Korea Selatan dan sejak beberapa dekad yang lalu telah dibahagikan kepada sukan dan kombat. Ramai pakar beranggap guru takewondo paling banyak tahu tentang tendangan dari seni lain.

3: Belajar kenali tindak balas stres
Untuk ketahui beza hasil daripada latihan seni beladiri ke atas tahap stres, kena tahu tindak balas stres anda merangkumi apa? Langkah berikut akan menjelaskan bagaimana seni beladiri memberikan hasil positif dalam mengurangkan stres:

- Kadar degupan jantung dan tekanan darah meningkat, lebih banyak darah ke otot.
- Paras oksigen dalam badan berubah, kurang oksigen ke bahagian sedar otak, lebih banyak ke bahagian reaktif otak, mendedahkan anda kepada kekosongan mental, kegagalan memori, kehilangan logik, peningkatan emosi, membataskan perhatian, gejala keresahan dan gelisah.
- Pembekuan darah yang cepat, paras gula meningkat, lemah kaki, dahagakan gula, pedih hulu hati.
- Mungkin akan rasa kaku, perut seperti bersimpul, perubahan suara atau seperti terjerut.
- Pernafasan lebih laju, peningkatan sensitiviti, peningkatan suhu badan yang boleh menyebabkan pening, pengsan, peningkatan daya penglihatan dan pendengaran, perpeluhan dan kemerahan.
- Perubahan lain pada jangka panjang yang boleh mengancam nyawa.
4: Memahami bagaimana seni beladiri boleh mengurangkan stres dan peluang terdedah kepada stres
Fungsi seni beladiri tradisional ialah untuk melatih semangat wira serta minda. Semangat wira hanya boleh dibentuk dengan karakteristik, semua yang boleh menjadi mekanisma yang membantu anda menangani stres seperti meningkatkan kebolehan anda dalam membuat keputusan, mengurangkan ketakutan dan menjana keyakinan. Setiap elemen selalunya tiada dalam orang yang sangat stres. Apabila kemarahan dan ketakutan menguasai diri seseorang, proses berfikir seperti mati seketika dan keadaan sebegini sering menjadikan seseorang itu menghadapi stres. Mempelajari seni beladiri membantu mengawal tindak balas stres dan mengajar anda untuk memantapkan fokus dan pengurusan diri anda.
Elemen di bawah selalunya sebahagian yang akan dipelajari dalam latihan seni beladiri:
- Bertindak mengikut situasi melibatkan ketakutan.
- Belajar untuk kembangkan kelakuan bukan verbal dalam komunikasi dengan yang lain.
- Belajar terus tenang ketika tekanan.
- Belajar untuk bertindak cepat di bawah situasi tekanan.
Rujukan dan petikan:
- Andrew McDonnell, The Martial Arts and Psychological Well Being, pp.19-22 in: David Walker, Jiu Jitsu for All, (2008), ISBN 978-0-7136-8486-5 – research source
- Andrew McDonnell, The Martial Arts and Psychological Well Being, p.19, in: David Walker, Jiu Jitsu for All, (2008), ISBN 978-0-7136-8486-5
- Andrew McDonnell, The Martial Arts and Psychological Well Being, p. 20, in: David Walker, Jiu Jitsu for All, (2008), ISBN 978-0-7136-8486-5

- Andrew McDonnell, The Martial Arts and Psychological Well Being, pp.20-21 in: David Walker, Jiu Jitsu for All, (2008), ISBN 978-0-7136-8486-5
- Andrew McDonnell, The Martial Arts and Psychological Well Being, p. 22, in: David Walker, Jiu Jitsu for All, (2008), ISBN 978-0-7136-8486-5
No comments:
Post a Comment