Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owner
Gambar ihsan: Owner
Assalamualaikum.....
Satu malam ketika pulang ke rumah, saya melalui kawasan rumah saudara. Jalannya satu lorong, biasalah jalan kampung. Ketika membelok di satu selekoh, tidak sedar terlanggar sesuatu dan terdengar bunyi 'pomm!' seperti belon pecah dan ia amat kuat. Kemudian kereta terasa bergegar-gegar. Tanpa membuang masa, penulis berhenti di tepi jalan berdekatan untuk memeriksa keadaan kenderaan.
Alangkah terkejutnya apabila tayar belakang sebelah pemandu pecah dan terkoyak! Rupa-rupanya tadi terlanggar tepi batu yang tersorok di bawah daun pokok tepi jalan. Kemudian, kerja-kerja menukar tayar ganti pun dilakukan. Tidak dapat ambil foto kerana suasana malam agak tidak mengizinkan.
Tidak susah kerana segala peralatan yang diperlukan sudah sedia ada bersama tayar ganti. Hanya selepas 3 hari, barulah ke kedai tayar untuk menggantikannya dengan sepasang tayar baru. Tayar ganti kemudian disimpan semula.
No comments:
Post a Comment