MY FOLLOWERS

Monday, June 8, 2015

Artikel - Koleksi Majalah Mastika 1960-1963 Dalam Kenangan

Kredit kepada: Family
Gambar ihsan: Owned


Assalamualaikum.....


Percayakah anda Mastika lama berharga hanya 60 sen senaskah? 

Sedang mengemas barang-barang lama sempena Aidilfitri kali ini, terjumpa beberapa khazanah dalam bentuk buku-buku lama yang kebanyakannya dalam tulisan jawi. Ini termasuk buku panduan haji, umrah dan ziarah yang dalamnya terkandung kaedah, doa, niat, cara-cara solat jamak dan qasar serta foto-foto lokasi berkaitan. Buku ini bertajuk Panduan Ibadah Haji, Umrah dan Ziarah dikeluarkan oleh Lembaga Urusan dan Tabung Haji Malaysia cetakan keempat tahun 1986. Meskipun sudah lama tetapi isi kandungannya masih relevan sehingga kini. 

Selain itu terjumpa dua buah lagi buku jilid tebal. Berkulit merah dengan bahagian kulit luar yang sudah lusuh dan tidak bertulis walaupun tajuk. Ingatkan naskah Quran lama tetapi bila dibuka, rupanya koleksi majalah Mastika dalam bentuk kompilasi keluaran tahun sekitar 1960 hingga 1963. Muka depannya sangatlah ringkas, ada tajuk Mastika, keluaran dan satu foto tanpa sebarang highlight tajuk-tajuk semasa yang mahu disentuh. Isi kandungannya juga ditulis dalam tulisan jawi dengan sedikit bahagian ditulis rumi.








Iklan kain batik dalam tulisan jawi







Iklan susu cap Junjung: Hanya yang paling baik sahaja sesuai untuk keluarga tuan. Jadi hanya satu sahaja pilihan tuan - SUSU CAP JUNJUNG

  

Iklan Nescafe: Sebentar sahaja tersajilah air kopi paling enak yang pernah tuan rasai. Jangan sebut kopi sahaja, sebutlah NESCAFE. Kopi yang sejati dan boleh dibuat serta merta.

 
Iklan Milo: Kita suka Milo. Pemberi kesihatan dan kekuatan. Sangat ajaib sekali perubahan yang dibawa oleh Milo itu.


Sebagaimana diulas kembali dalam majalah Mastika keluaran Jun 2014, majalah Mastika yang dahulunya mengetengahkan isi kandungan berbentuk akademik dan ilmiah berbanding yang sekarang yang bertumpu kepada kemanusiaan atau human interest. Betul seperti yang dikata, penulis dapat lihat sendiri buktinya depan mata hari ini. Berdasarkan apa yang dilihat, antara ruangan yang dimasukkan dalam edisi lama ialah Rencana Pengarang, Surat Dari Pengarang, Kanak-kanak, Sains, Kesusasteraan, Muzik dan Radio, Sajak, Kamus Mastika, Makluman dan juga Iklan. Ada juga ruangan untuk berita dan lain-lain. Banyaknya muka surat dalam versi hitam putih dengan beberapa muka surat versi berwarna. Iklan juga jauh bezanya dengan yang sekarang yang siap diedit dengan perisian PhotoShop dan berbagai lagi manakala versi dahulu hanya dilukis dengan tangan dan kelihatan ringkas.




No comments: