Gambar ihsan: Yahoo SG
Assalamualaikum........
Saintis telah menemui satu spesis katak
bersaiz kecil lebih kecil daripada ibu jari di hutan hujan Atlantik di
Brazil. Katak ini hidup di kawasan puncak gunung yang terpencil. Kawasan
itu merupakan satu habitat seperti pulau terpencil menyebabkan spesis
ini juga terdedah kepada ancaman perubahan iklim. Penebangan hutan
secara haram dan ternakan lembu juga mengancam habitat katak ini.
Katak kecil yang berwarna terang adalah sebahagian daripada gen Brachycephalus,
satu kelompok yang dikenali sejak 1800. Mengetahui bahawa mungkin
banyak lagi spesis ini bersembunyi di kawasan selatan Hutan Atlantik
ini, pengkaji diketuai oleh Marcio Pie dari Universidade Federal do
ParanĂ¡ memasuki kawasan ini dalam negeri Parana dan Santa Catarina.
Di sana, mereka beberapa lagi spesis katak yang baru termasuk tujuh jenis yang direkodkan. Semuanya bersaiz 0.4 inci panjang dan ia datang dengan warna terang seperti jalur jeli.
Salah satunya, Brachycephalus mariaeterezae, berwarna oren terang dengan biru muda di atas belakangnya. Brachycephalus olivaceus, seperti buah zaitun berwarna coklat kehijauan. Spesis Brachycephalus verrucosus berwarna oren dengan belakang hijau keperangan berkongsi sedikit persamaan dengan spesis Brachycephalus fuscolineatus, yang mempunyai kulit kuning dengan jalur hijau dan perang pada belakangnya. Brachycephalus leopardus
mempunyai kulit kuning dengan tompok gelap. Spesis ini ditemui dalam proses mengawan yang dikenali sebagai amplexus (jantan atas belakang betina kemudian bertelur dalam air). Brachycephalus boticario dengan warna oren gelap. Semua spesis hidup di kawasan timbunan daun kering dan dasar hutan.
Habitat di pergunungan bagi katak ini merupakan kunci kepada diversiti.
Sumber lompat-lompat: SINI |
No comments:
Post a Comment